Wednesday, 31 January 2018

Akhirnya Diakui Sistem Pendidikan Malaysia Gagal

Akhirnya Diakui Sistem Pendidikan Malaysia Gagal. Sistem pendidikan gagal mendidik majoriti remaja untuk menjadi warga yang berintegriti.

Pengarah, Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP, Datuk Akhbar Satar, apa yang dilihat hari ini, golongan remaja dilihat berdepan dengan krisis integriti dengan lemahnya tumpuan keluarga ketika dibesarkan.

Menurutnya, ibu bapa harus tekankan perkara ini walaupun ianya mungkin dilihat kecil, tetapi sekiranya ia diabaikan, ia akan melarat.

Akhirnya Diakui Sistem Pendidikan Malaysia Gagal “Sistem pendidikan juga harus mainkan peranan besar, tapi sistem ini juga gagal mendidik majoriti remaja. Sistem pendidikan harus dikaji semula dan diberi tumpuan pada isu integriti di peringkat tadika lagi, tekankan apa yang baik atau tidak baik serta menggalakkan pelajaran demi masa depan.

“Bagaimanapun, tidak juga dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya antara punca masalah remaja hari ini yang terlibat dengan jenayah serta aktivti rempit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pengaruh media sosial yang mempengaruhi pemikiran remaja hingga wujudnya kes lari dari rumah dan sebagainya.


Akhirnya Diakui Sistem Pendidikan Malaysia Gagal 


Sekiranya gagal, bimbang anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan akhirnya terjebak dengan jenayah ragut serta curi.

Sebelum ini, negara pernah digemparkan dengan kes seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mahukan hidup bebas sehingga sanggup berbohong terhadap keluarganya dengan  mereka cerita konon diculik.

Bagaimanapun, helah penculikan ini terbongkar setelah polis berjaya menemui remaja tersebut bersama teman lelakinya berusia 19 tahun dan siasatan polis, remaja mengakui tidak diculik tetapi menumpang di rumah bapa angkatnya dan berbuat demikian kerana ingin hidup bebas.

Akhirnya Diakui Sistem Pendidikan Malaysia Gagal. Selain itu, Oktober lalu, seorang remaja perempuan berumur 16 tahun lari dari rumah di Kuala Sungai Baru, Melaka bersembunyi di sebuah surau kerana mendakwa akan dijual oleh keluarganya. Mangsa yang mendapat bantuan seorang lelaki bagaimanapun telah dirogol. -  sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...