Tuesday, 2 January 2018

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka?

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka?  Ketua Parti AMANAH Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, sudah sampai masanya Adun Bukit Baru Dr Md Khalid Kassim dan tiga orang kanannya memikirkan hala tuju politik yang baharu.

“Bukan jadi rahsia lagi bahawa Dr Md Khalid Kassim berperang dingin dengan Pas Kawasan Bukit Katil dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka? “Beliau sekarang ini dilihat bergerak sendiri bersama tiga penyokong kuat beliau iaitu Yusof Wahab, Yayah Md Deris dan Ibrahim Duralim,” kata beliau kepada Malaysia Dateline semalam.

Mohd Sofi Wahab
Kata Sofi, semua program beliau diatur sendiri tanpa sokongan dan dokongan Pas Negeri dan Pas Kawasan Bukit Katil.

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka?


Perkara ini terjadi katanya, selepas Dr Khalid dan ketiga-tiga pendokongnya tewas pada pemilihan 2017 dahulu.

“Berlaku pertembungan antara mereka dan pimpinan Pas Kawasan sekarang sehingga mereka semua tewas dengan perancangan kepimpinan sekarang.

“Sejak itu mereka tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri maupun kawasan.

“Hanya Pas Pusat yang menghargai ketokohan dan pengalaman Dr Khalid dengan melantik Adun tunggal Pas Melaka itu menjadi AJK Pas Pusat,” kata Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka itu.

Pas Negeri dan Kawasan jelasnya, langsung tidak menghargai beliau malah Dr Khalid dan tiga orang kanannya itu sering ‘diserang’ oleh kepimpinan negeri dan kawasan pada program-program dalaman parti dan program-program umum di surau dan markaz.

“Tindakan Pas Negeri dan Kawasan itu jelas membelakangkan Pas Pusat yang melantik Dr Khalid sebagai AJK Pas Pusat.

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka?


“Sejak itu Dr Khalid dan orang-orang kanannya sangat jarang dilihat hadir pada program-program anjuran Pas Negeri dan Kawasan.

“Perseteruan sesama sendiri dalam parti sepatutnya tidak berlaku sehingga menimbulkan ‘perang dingin’ dan pertelingkahan secara terbuka,” sambung beliau.

Menurut Sofi, AMANAH membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka bersama kami demi meneruskan perjuangan Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam. Bukan perjuangan yang menimbulkan permusuhan sesama sendiri tanpa kesudahan.

“Perjuangan kami merentasi sempadan perkauman, agama dan ideologi.

Adun PAS Bukit Baru Sertai AMANAH Melaka? “Dr Khalid sudah pasti dihargai dan diberikan peranan yang sesuai dengan karisma, kepakaran dan ketokohan beliau di dalam AMANAH di semua peringkat,” katanya. - malaysia dateline



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...