Thursday, 28 December 2017

Umno Bantah Persempadanan Semula SPR

Umno Bantah Persempadanan Semula SPR. Proses bantahan kes siasatan awam di Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersambung semula hari ini menyaksikan, beberapa kumpulan pengundi yang diterajui oleh Umno adalah antara mereka yang membuat aduan kepada suruhanjaya itu.

Satu kumpulan yang diketuai oleh ADUN Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan, berkata beliau tampil untuk membantah cadangan SPR untuk memindahkan pengundi di kem tentera Sungai Besi dari kawasannya ke kerusi Paya Jaras, yang kedua-duanya terletak di bawah kawasan Parlimen Subang.

Umno Bantah Persempadanan Semula SPR. Beliau berkata langkah itu menjejaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat BN, tetapi ini juga menunjukkan bahawa SPR adalah bebas, tidak seperti apa yang dituduh oleh pengkritiknya.

"Selama ini, mereka (pengkritik) mendakwa bahawa persempadanan semula itu menguntungkan BN, tetapi tidak. Jika ini menguntungkan BN, makan saya tidak akan berada di sini membuat bantahan.

"Tetapi ia tidak memihak kepada saya, jadi saya datang untuk membuat bantahan. Ini adil,” katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini selepas menghadiri sesi inkuiri.

Umno Bantah Persempadanan Semula SPR


Halimaton memenangi kerusi Kota Damansara dalam pertandingan enam penjuru semasa pilihan raya umum 2013 apabila PAS turut meletakkan calonnnya menentang wakil Pakatan Rakyat, meskipun mereka adalah sekutu.

Beliau menang dengan majoriti 1,527 undi. Menurutnya, kini terdapat lebih 1,700 pengundi di kem Sungai Besi.

Sementara itu, Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata beliau menentang cadangan SPR untuk memindahkan kawasan pengundian Enggang Utara dan Enggang Selatan dari Bukit Antarabangsa, Ampang, ke Hulu Kelang, Gombak.

Umno Bantah Persempadanan Semula SPR. Beliau juga membantah cadangan untuk memindahkan Kuala Ampang dari Hulu Kelang, Gombak, ke Bukit Antarabangsa, Ampang. - malaysiakini






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...