Saturday, 9 December 2017

TPM Disiasat Pakai Jam Tangan Mewah, Cincin Berlian

TPM Disiasat Pakai Jam Tangan Mewah, Cincin Berlian. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand (NACC) akan meminta Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwon beri penjelasan berhubung jam tangan mewah dan cincin berlian dipakainya semasa menghadiri satu majlis rasmi baru-baru ini.

Pengerusi NACC Watcharapol Prasarnratchakij berkata sepucuk surat akan dihantar kepada Prawit tidak lama lagi bagi meminta beliau menjelaskan tentang 2 barangan itu yang tidak disenaraikan dalam perisytiharan harta sebelum beliau menjawat jawatan pada 2014.

TPM Disiasat Pakai Jam Tangan Mewah, Cincin Berlian. “Kami hendak tahu bagaimana beliau memperoleh barangan itu dan sama ada terdapat bukti bahawa barangan itu dibeli atau diwarisi,” katanya seperti dipetik media tempatan pada Jumaat.

Prawit yang juga menteri pertahanan dan seorang anggota kanan kerajaan yang diterajui tentera, dilihat memakai kedua-dua barangan mewah itu semasa sesi bergambar bersama-sama anggota Kabinet baharu Isnin lepas.

Gambar beliau memakai cincin dan jam tangan mewah itu, yang dipercayai media berjenama Richard Mille dianggarkan bernilai antara lebih 4 juta baht (kira-kira RM516,000) hingga 10 juta baht (lebih kurang RM1.3 juta), menimbulkan kekecohan selain mengundang kritikan awam.

TPM Disiasat Pakai Jam Tangan Mewah, Cincin Berlian


Menurut media tempatan, jam tangan mewah seperti itu juga pernah dipakai pemain tenis terkemuka dunia, Rafael Nadal.

Timbalan perdana menteri, ketika ditanya media baru-baru ini, berkata beliau akan memberi maklumat tentang kedua-dua barangan mewah itu kepada NACC seperti yang dikehendaki dan tidak akan melayan soalan daripada wartawan berhubung perkara itu.

Sementara itu, turut dibangkitkan adalah persoalan sama ada Watcharpol, yang merupakan bekas pembantu Prawit, akan dapat menyiasat bekas ketuanya itu.

TPM Disiasat Pakai Jam Tangan Mewah, Cincin Berlian. Watcharpol berkata siasatan akan dijalankan berpandukan undang-undang dan mana-mana pesuruhjaya NACC yang mempunyai konflik kepentingan akan dilarang daripada menyertai siasatan itu. - fmt



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...