Thursday, 28 December 2017

SPR Dedah Tarikh PRU14?

SPR Dedah Tarikh PRU14? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh pembubaran Parlimen dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 yang sedang tular dalam media sosial.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata hak membubarkan Parlimen adalah bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

SPR Dedah Tarikh PRU14? Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata mesej yang sedang tular dan mendakwa kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 11 Jan 2018, penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi ditetapkan pada 25 Mac, adalah tidak munasabah.


SPR Dedah Tarikh PRU14?


"Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar," katanya lagi. - bernama




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...