Saturday, 16 December 2017

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Pembangkang hari ini mempertikaikan pengenaan cukai GST ke atas ibadah umrah melalui Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang berkuat kuasa semalam.

Penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata pengenaan cukai ke atas orang yang menjalankan ibadah sebagai tidak masuk akal.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Ini kerana kerajaan sepatutnya permudahkan aktiviti keagamaan, dan memberi insentif kepada rakyat mengerjakan ibadah.

“Nampak sangat kerajaan sudah tak ada duit sehinggakan umat Islam di negara kita nak tunaikan ibadah umrah pun kena bayar GST,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Inilah kerja menteri yang senantiasa kreatif memerah duit rakyat.”

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.


Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?


Portal Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ismaweb, melaporkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan syarikat pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi IMAMS.

Menurut portal itu lagi, kerajaan mensyaratkan semua syarikat pengendali umrah berlesen dan berstatus muasassah wajib menguna pakai sistem itu.

PKR bagaimanapun mempertikaikan kewajaran melantik sebuah syarikat swasta untuk memantau aktiviti penipuan pakej umrah di negara.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sepatutnya kerajaan boleh melakukan sendiri pemantauan secara berkesan, malah kementerian telah menyenaraikan pengendali umrah berlesen di portal.

“Mengapa tanggungjawab ini perlu diswastakan dengan beban GST yang perlu ditanggung oleh jemaah umrah?” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?


Saifuddin menambah kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memaklumkan lembaga pengarah syarikat pengendali IMAMS dan pemegang saham di syarikat itu terdiri daripada orang Islam juga meragukan.

“Malah mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan 3 orang Cina selaku setiausaha.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? “Adakah mereka yang bukan beragama Islam boleh menguruskan amal ibadat umat Islam di negara ini?”




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...