Saturday, 30 December 2017

Rupanya Mesej Dapat Bonus Palsu

Rupanya Mesej Dapat Bonus Palsu. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti BN dan individu perseorangan membuat laporan di Balai Polis Sikamat di sini, pagi tadi susulan penyebaran maklumat palsu bonus rakyat Negeri Sembilan yang disebarkan diaplikasi Whatsapp sejak Ahad lalu.

Menerusi mesej yang disebarkan, rakyat negeri ini yang berumur 18 hingga 60 tahun boleh membuat permohonan sehingga Ahad ini bagi mendapatkan bonus berjumlah RM900 dengan membuka pautan  dinyatakan.

Rupanya Mesej Dapat Bonus Palsu. Namun ia hanyalah palsu semata-mata kerana sebaik pautan itu dibuka, tertulis  “Yes!kena tipu.haha”.

Antara yang membuat laporan ialah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 20 (Sikamat), Kelab Waris Anak Negeri Sembilan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jujur Sikamat dan Makkal Sakti.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 20 (Sikamat), Mohamad Ecbal Mohd Ismail berkata, maklumat palsu berkenaan bukan sahaja boleh mengundang persepsi negatif kepada kerajaan negeri tetapi juga menyusahkan rakyat.

Rupanya Mesej Dapat Bonus Palsu


“Saya buat laporan polis kerana mendapati mesej disebarkan ini tak betul dan seolah-olah mempersenda kerajaan negeri.

Rupanya Mesej Dapat Bonus Palsu. “Lagipun kawan-kawan saya pun ada bertanya mengenainya. Benda ini mungkin nampak remeh oleh sesetengah pihak, tapi bagi saya tindakan perlu diambil bagi mengesan siapa pelakunya,”katanya. -sinar






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...