Sunday, 3 December 2017

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar. Seorang pakar pemakanan memberi amaran peningkatan kanak-kanak kurang pemakanan kerana ibu bapa bergelut dengan harga makanan tinggi.

Pakar pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw berkata ramai keluarga berpendapatan sederhana merasa tekanan kos hidup yang lebih tinggi.

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar. Mereka berdepan masalah mengurangkan makanan berkhasiat dan memberikan anak-anak karbohidrat yang banyak supaya mereka rasa kenyang untuk tempoh yang lebih panjang.

“Kos makanan tinggi. Keluarga berpendapatan rendah dan sederhana mengambil langkah mengurangkan kos dan memenuhi keperluan, terutamanya yang memiliki ramai anak,” katanya kepada FMT.

Kos makanan asas di Malaysia sedang meningkat.

Data Jabatan Statistik menunjukkan inflasi, yang termasuk komoditi seperti makanan, minyak dan gas, naik 3.7% pada Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malaysia antara beberapa negara Asean yang berdepan krisis kanak-kanak terlebih makan, menyebabkan obesiti, dan kurang pemakanan, menyebabkan pembantutan dan pembaziran.

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar


Bebas pemakanan tidak seimbang berganda itu, dilaporkan dalam Laporan Unicef, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Asean 2016, juga berlaku di negara-negara berpendapatan menengah lain seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Easaw berkata perlu ada suatu program makanan untuk membantu ibu bapa menangani kenaikan harga makanan ketika mereka bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Mesej penting untuk ibu bapa ialah merancang makanan, memasak makanan mudah dan membeli makanan berkhasiat yang murah. Beliau berkata paling penting ialah memakan pelbagai jenis makanan.

Golongan ibu bekerja pula boleh memasak nasi di rumah dan membeli sayur campuran dan daging dari restoran, katanya.

“Kalau daging mahal, telur lebih murah dan kaya dengan protein.

“Ibu bapa juga boleh goreng ikan bilis. Ikan itu juga kaya dengan protein,” katanya.

Ibu bapa dinasihatkan tambah produk soya, seperti taufu. Bagi mereka yang sukakan daging, ayam lebih murah berbanding ikan, katanya.

Beliau berkata sepinggan nasi goreng boleh jadi berkhasiat kalau disediakan dengan pelbagai jenis sayur dan telur. “Mereka boleh beli nasi goreng, tambah lobak dan goreng telur di rumah.”

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar


Beliau menasihatkan ibu bapa untuk tidak sediakan terlalu banyak makan bergoreng kerana kandungan minyak yang tinggi. Beliau menyarankan ibu bapa perap daging di siang hari dan bakar apabila pulang ke rumah di waktu malam.

Untuk sarapan pula, Easaw menasihatkan ibu bapa merancang makanan, contohnya kanak-kanak makan roti pada hari Isnin atau nasi lemak pada hari Rabu.

“Perlu pelbagaikan makanan.”

Easaw pernah melihat kes di mana seorang kanak-kanak suka minum susu. Beliau menasihatkan para ibu tambah kacang gajus, badam atau buah ke dalam susu.

“Ada banyak cara. Ibu bapa cuma perlu rancang. Itu sahaja caranya memastikan anak-anak dan keluarga memakan makanan sihat.

Rakyat Malaysia Makin Sengsara, Ikuti Pendedahan Pakar. “Elakkan membeli makanan junk. Gunakan wang itu beli makanan lebih sihat.” - fmt






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...