Saturday, 16 December 2017

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar. Peluang mudah yang ditawarkan institusi kewangan mendorong ramai golongan muda membuat pinjaman peribadi, namun akhirnya diisytiharkan muflis akibat gagal melunaskan pinjaman.

Ada yang diisytihar muflis akibat pelaburan berisiko tinggi dan ada pula yang terperangkap kerana tidak memahami undang-undang.

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar. Dalam tempoh lima tahun sehingga tahun lalu, sebanyak 97,215 kes kebankrapan dicatatkan di negara ini. Dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun ini sahaja, lebih 15,000 orang diisytihar muflis.

Salah satu kes daripada statistik ini melibatkan seorang bekas guru yang terbeban dengan hutang pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman kenderaan sejak usia 26 tahun.

Pada waktu itu beliau hanya meraih pendapatan RM2,800 sebulan dan terpaksa menegenepikan RM1,000 setiap bulan untuk bayaran pinjaman.

Beliau berhenti kerja ekoran masalah keluarga pada 2009, yang menyebabkan beliau berdepan kesukaran membayar pinjamannya setiap bulan.

"Saya berhenti kerana masalah kemurungan dan masalah dalam keluarga. Dan selepas berhenti saya dapati saya sukar untuk dapatkan pekerjaan.

“Ketika itu memang pendapatan terputus jadi tidak mampu untuk tanggung semua hutang yang ada.

"Saya cuma dapat gaji yang cukup untuk sara diri dari hari ke hari atau bulan ke bulan dan tidak mampu untuk bayar hutang saya lagi," katanya kepada The Malaysian Insight.

Tidak perlu malu

Hawa membiarkan hutangnya tidak dibayar sehingga ia mencecah RM120,000 dan pada 2012 beliau menerima surat menyatakan status kewangannya.

Pada usia 33 tahun, beliau diisytiharkan muflis. 

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar


"Semasa surat mahkamah keluar, saya masih agak keliru lagi, tidak tahu (apa patut dibuat), dan saya tak pergi mahkamah pun.

"Sebab ketika itu belum ada yang bagi pertolongan relevan dari segi nasihat, kemudian saya terima surat daripada Jabatan Insolvensi dan saya pergi pejabat mereka di Maju Junction dan sebulan lepas itu sah keluar surat saya bankrap." katanya.

Hawa tidak menyesali keputusan mengisytiharkan dirinya muflis kerana tidak mempunyai pilihan lain ketika itu.

Beliau berasa lega kerana mendapat nasihat dari jabatan kerajaan berhubung kaedah untuk menguruskan keadaan tersebut.

"Sebelum isytihar muflis saya bertahan sajalah. Saya pergi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk dapatkan pandangan.

“Saya terpaksa menjawab telefon tiap-tiap hari dari ejen kutipan hutang, orang datang ke rumah mak saya ketuk pintu untuk bagi surat sita.

Meski kesemua aset dan akaun banknya dibekukan, ia memberi kelegaan kepada Hawa yang tidak lagi diganggu oleh ejen kutipan hutang.

Beliau tidak segan membicarakan isu sensitif ini, dan kini kini menjadi tempat rujukan dari rakan-rakan yang mempunyai masalah hutang.

"Ramai yang bertindak mendiamkan diri kerana malu,” katanya yang berharap golongan muda terutama penjawat awam akan lebih faham mengenai risiko hutang.

Ini kerana, proses pinjaman tersebut amat mudah bagi penjawat awam menyebabkan golongan itu berisiko menanggung hutang mereka dalam tempoh lama dan cenderung membuat pinjaman lain bagi melangsaikan hutang, katanya,

Muflis kerana skim cepat kaya

Seorang lagi penjawat awam juga mendapat peluang mudah untuk membuat pinjaman. Beliau yang ingin dikenali dengan nama Aina Ahmad membuat peribadi sebanyak RM50,000.

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar


Aina menggunakan wang itu untuk melabur dalam satu skim cepat kaya. Beliau kemudiannya diisytihar bankrap ketika baru berusia 26 tahun, lima tahun lepas.

“Ketika itu saya terlalu ikut kata rakan untuk sertai skim cepat kaya. Katanya skim cepat kaya ini beza dengan lain.

“Saya masuk dengan membayar RM50,000 dan dikatakan dapat pulangan berganda hanya dalam tempoh tiga bulan pertama,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Namun kata Aina, janji untuk meraih keuntungan daripada skim cepat kaya nyata tidak berlaku sama sekali sebaliknya beliau terpaksa berdepan dengan hutang.

“Masa saya melabur itu saya yakin akan dapat pulangan jadi dalam tempoh tiga bulan itu saya tidak bayar pinjaman,” katanya.

Beliau yakin akan dapat melunaskan kesemua pinjaman apabila mendapat keuntungan yang dijanjikan.

“Namun bila tunggu, duit tidak masuk,” katanya dengan nada kesal.

Beliau mengakui, sikapnya yang suka mengambil ringan berhubung bayaran pinjaman tersebut telah memburukkan keadaan.

“Keadaan ini berlarutan sampai setahun hinggalah saya dapat surat mengenai status kewangan saya,” kata Aina.

Beliau tidak mahu kes yang sama berlaku kepada orang muda lain dan berharap kefahaman mengenai status muflis ini akan dapat dipertingkatkan.

Penangan kereta sambung bayar

Seorang lagi individu yang menceritakan pengalaman mereka bergelut dengan status muflis kepada The Malaysian Insight ialah seorang pemuda yang mahu dikenali dengan nama Ayed.

Katanya, beliau muflis akibat kegagalan rakannya membayar pinjaman kereta setelah ditukar milik.

Pada awalnya, beliau menyerahkan kereta itu kepada rakan yang membeli kenderaannya secara sambung bayar pada 2009.

Ia adalah cara mudah untuk rakannya itu membeli keretanya tanpa sedangkan hutang daripada bank ke atas kenderaan itu masih dipetanggungjawabkan ke atasnya.

Ayed terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak bank dan menerima surat mahkamah mengenai kegagalan membayar kenderaan tersebut.

“Masa itu saya hampir pitam, bila secara mengejut dimaklumkan bahawa saya akan diisytiharkan muflis.

“Malah pihak bank turut membekukan akaun saya, memang habis semua duit saya ketika itu,” katanya yang diistiharkan muflis pada 2015.

Bekas pekerja logisitik di sebuah syarikat swasta itu berkata beliau mendapat tahu rakannya tidak membayar ansuran bulanan untuk kereta Proton Satria tersebut sejak mengalami kemalangan.

“Saya memang cari dia, tapi dia dah lari, lepas itu dari rakan lain pula maklumkan bahawa kereta (terlibat) kemalangan.

“Cuma saya tak pasti bila kemalangan (berlaku). Jumlah terakhir hutang ialah RM33,000 dan ia makin meningkat kerana bunga akibat tunggakan selama beberapa tahun,” katanya.

Tambah memburukkan keadaan, keadaan kesihatan Ayed semakin merosot menyebabkan beliau terpaksa berhenti kerja pada tahun lalu.

Punca Kebankrapan Golongan Muda Terbongkar. “Sekarang ini saya sudah tidak ada pendapatan cuma bergantung pada pencen ilat saya sebanyak RM1,500.

“Dan Jabatan Insolvensi pula minta saya bayar RM100 sebulan, namun bagi saya jumlah tersebut agak berat juga memandangkan keadaan saya dan isteri tidak bekerja,” katanya. – malaysian insight

Untuk info lanjut isu kebankrapan sila klik http://www.mdi.gov.my/index.php/ms/




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...