Friday, 1 December 2017

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar?

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar? Maklumat tular di media sosial yang menyatakan siren kecemasan dibunyikan di Tasik Kenyir bagi tujuan pelepasan air adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Polis Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud yang menafikan perkara itu meminta orang ramai supaya tidak mudah cemas dengan berita tular tersebut dan dikehendaki merujuk sebarang isu berhubung bencana melalui agensi terlibat.

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar? Beliau yang dihubungi berkata paras air di Tasik Kenyir ketika ini masih berada pada tahap minimum iaitu paras semasa 137.81 meter.

Mengikut rekod Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM), bagi menentukan paras limpah, air akan berada pada tahap melebihi 145.00 meter, paras amaran melebihi 150.00 meter dan paras kecemasan melebihi 153.00 meter.

Hari ini tular di laman sosial Facebook menerusi akaun "Pasir Puteh Today" yang menyiarkan terdapat maklumat pintu pelepasan air akan dibuka sebab tiga kali siren dibunyikan dan meminta supaya orang ramai berjaga-jaga.

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar? 


“Sebenarnya tiada isu banjir berpunca daripada pelepasan air Tasik Kenyir kerana tiada sebarang pintu yang boleh dibuka atau ditutup kecuali pelepasan air yang dibuat untuk menjana turbin penjana elektrik dan jumlah pelepasan ini berjalan sepanjang tahun. Jumlah air yang dilepaskan hanya minimum untuk keperluan jana elektrik.

Sekiranya tahap air tasik terlalu tinggi ianya akan melimpah secara semula jadi melalui salur limpah bersebelahan stesen empangan. Hal ini jarang berlaku,” katanya ketika dihubungi di Kuala Berang hari ini.

Selain itu menurut Adli, sistem siren kecemasan adalah sistem yang dipasang di kawasan Kampung Jenagor untuk amaran awal bencana melibatkan situasi teknikal ke atas empangan dan sistem tersebut hanya boleh dihidupkan dengan arahan Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah.

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar? 


Bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawap itu berulang, beliau memberi amaran supaya mereka yang terlibat menghentikannya jika tidak mahu pihak berwajib mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

”Perbuatan membuat, menyebar berita tidak benar yang boleh menimbulkan kekacauan dan pecah ketenteraman awam merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah,” katanya.

Punca Banjir Di Terengganu Terbongkar?  Empangan Tasik Kenyir yang mula dibuka secara rasmi pada 1987 berfungsi sebagai pusat tadahan air tawar, sebagai penampan untuk kawalan banjir dan penjanaan elektrik. – MI




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...