Friday, 15 December 2017

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Secara Online

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Secara Online. Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) bagi tahun depan dibuka mulai esok sehingga 15 Februari 2018.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd. Sadique berkata, orang ramai boleh membuat permohonan tersebut dalam talian iaitu sprn.kpkt.gov.my.

Beliau berkata, MyDeposit merupakan produk khusus yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama.

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Secara Online. “Kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit pada tahun depan.

“Skim MyDeposit ini merupakan pembelian rumah di bawah projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang dana, subsidi atau insentif daripada mana-mana pihak,” katanya.

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Secara Online


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh mengenai Skim MyDeposit dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Halimah berkata, skim yang dilancarkan pada 6 April tahun lalu itu bertujuan meningkatkan keupayaan pemilikan rumah pertama yang berharga bawah RM500,000 kepada mereka berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan.

Permohonan Skim MyDeposit 2018 Secara Online sila klik di link ini https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydeposit







Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...