Monday, 18 December 2017

Perkembangan Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Bharu

Perkembangan Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Bharu. Polis masih menyiasat kes  mengakibatkan seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob  berkata tiada tangkapan telah dibuat pada masa ini.

Perkembangan Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Bharu. Kenyataan itu sekaligus menafikan beberapa posting viral di media sosial meneganai status terkini kes tersebut.

“Maklumat telah ada tangkapan tak tepat. “Hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan,” katanya.

Beberapa posting tersebar mendakwa gambar kenderaan dan suspek-suspek yang dikaitkan dengan kejadian kira-kira jam 7.30 malam semalam telah ditahan.

Dalam kes tersebut mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Perkembangan Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Bharu


Bagaimanapun, mangsa yang menaiki kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Perkembangan Kes Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Bharu. Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan segera. - sinar





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...