Thursday, 28 December 2017

PAS Buat Kejutan

PAS Buat Kejutan. Pas bakal bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dun dan 20 kerusi Parlimen di Selangor menjelang PRU14.

Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, parti itu komited untuk terus menerajui kesejahteraan Selangor melalui Gagasan Sejahtera setelah tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

“Bila kita tak ada hubungan politik lagi dengan PKR dan DAP, bermakna semua kerusi di Selangor itu boleh ditandingi oleh Pas.

PAS Buat Kejutan. “Suka tak suka, kita perlu akui pengundi teras Pas ialah Melayu Islam, justeru kawasan yang mempunyai 40 peratus pengundi Melayu menjadi kerusi yang wajar Pas tandingi.

“Arahan kepada semua jentera pilihan raya di peringkat Dun dan Parlimen berkenaan telah dikeluarkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir ke Himpunan Jentera PRU14 Pas Puchong, kelmarin.

Sementara itu, Yang DiPertua Pas Kawasan Puchong, Soffiean Ismail berkata, selain bersedia mempertahankan Dun Seri Serdang, Pas juga berhasrat menawan Parlimen Puchong.

PAS Buat Kejutan


Menurutnya, dalam keadaan pola politik yang tidak menentu, Pas tidak gentar untuk bertanding sebagai blok ketiga untuk melawan BN dan Harapan.

“Kekuatan jentera yang telah bersedia telah kita selaraskan bagi mempertahankan Dun Seri Serdang dan kita juga putuskan untuk menawan Parlimen Puchong.

“Soal berapa penjuru (Parlimen Puchong), kita tidak gentar dan yakin dengan kemampuan Gagasan Sejahtera dan Pas menyeru pengundi Dun Seri Serdang khususnya untuk terus beri kepercayaan kepada Pas.

PAS Buat Kejutan


“Ini merupakan komitmen berterusan Pas Puchong bagi menyertai Pas Selangor bagi menambahkan bilangan kerusi di Selangor dan meningkatkan bilangan Ahli Dewan Rakyat Pas di Parlimen," katanya.

PAS Buat Kejutan. Kerusi Dun Seri Serdang disandang oleh Noor Hanim Ismail (Pas) manakala bagi kerusi Parlimen Puchong disandang oleh Gobind Singh Deo dari DAP. - sinar





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...