Friday, 15 December 2017

McDonald’s Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah

McDonald’s Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah. Tindakan tegas diambil oleh McDonald’s Malaysia terhadap individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam seruan untuk memboikot restoran makanan segera tersebut.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Azmir Jaafar berkata, McDonalds telah memfailkan laporan polis terhadap 20 individu dan kumpulan yang menyebarkan berita palsu.

McDonald’s Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah. “Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Menurutnya, tindakan membuat laporan polis adalah bagi melindungi warga kerja dan ahli keluarga pekerja McDonald’s yang kini menjadi mata pencarian 12,000 rakyat Malaysia.

McDonald’s Malaysia telah mengambil pandangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan agar dakwaan ini dapat diperbetulkan dengan lebih jelas.

Beliau berkata, menurut pandangan mufti Wilayah Persekutuan seruan wajib boikot hanya sah jika ianya diperintah oleh kerajaan.

McDonald’s Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah


“Kami berharap agar semua rakyat Malaysia akan mendengar nasihat dan kata-kata bijaksana mufti.

“Penyebaran pembohongan dan fitnah tentang McDonald’s Malaysia serta seruan yang tidak wajar untuk memboikot terhadap restoran kami hanya akan menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat,” katanya.

Sebelum ini, McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan di laman web rasmi dan laman Facebooknya pada 8 Disember lalu telah menjelaskan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan restoran makanan segera itu menyalurkan dana kepada Israel.

Mengulas berhubung dakwaan sumbangan McDonald’s kepada Jewish United Fund (JUF) melalui Matching Gift (pemberian sepadan) Azmir berkata, McDonald’s Malaysia tidak terlibat dalam program tersebut.

Program pemberian sepadan dilaksanakan McDonald’s sebagai galakan kepada pekerja untuk menderma kepada badan-badan kebajikan.

McDonald’s Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah


Perlu diingat bahawa badan kebajikan adalah dipilih oleh pekerja dan bukan McDonald’s di AS. Lagipun program pemberian sepadan ini adalah faedah pekerjaan yang dinikmati oleh golongan pekerja yang layak,” katanya. - sinar





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...