Thursday, 21 December 2017

Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul

Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul. Bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, tidak muncul bagi memberikan kenyataan media, hari ini.

Sebelum itu, lelaki berusia 50-an terbabit yang dihubungi malam semalam berjanji mahu menjelaskan keadaan sebenar, namun memungkiri janji.

Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul.  Lelaki terbabit memberitahu akan mengadakan sidang media di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai pada 10 pagi tadi, namun kelibatnya tidak kelihatan.

Berikutan itu, sekumpulan wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menunggunya seawal 8.30 pagi sehingga jam 2 petang terpaksa pulang hampa.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengirimkan mesej di aplikasi WhatsApp, namun tidak dibalas.

Malah, sembilan panggilan dibuat terhadapnya juga tidak dijawab sebelum talian dimatikan.


Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul


Pada 12.30 tengah hari hanya satu panggilan dijawab lelaki itu dan memberitahu mahu berjumpa pihak media, sebelum dia menghilangkan diri.

Seorang kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) turut berada di lokasi dipercayai bagi meleraikan kekusutan berkenaan, namun bapa murid itu tidak hadir.

Pihak media berusaha untuk mendapatkan penjelasan dan memberi ruang kepada keluarga murid terbabit bagi menangkis tohmahan, namun mereka tidak mahu memanfaatkan peluang.

Portal Berita Harian Metro semalam melaporkan bapa murid terbabit yang ditemui di rumahnya di Nilai belum bersedia memberi sebarang kenyataan kerana berdepan pelbagai tekanan.


Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul


Dia memaklumkan akan menjelaskan segalanya dalam sidang media yang akan diadakan hari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Cikgu Azizan terhadap pertuduhan mencederakan muridnya.

Mengikut pertuduhan, Cikgu Azizan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera pada pipi kiri seorang murid Tahun Lima di tapak perhimpunan SK Taman Semarak, Nilai, pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Kes Cikgu Azizan, Tunggu 4 Jam Tak Muncul-Muncul.  Berikutan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan. - harian metro





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...