Monday, 4 December 2017

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM. Siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad berhubung dakwaan skandal hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin kini di peringkat akhir, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini. 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada kenyataan ketua SPRM itu sudah dirakam.

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM. "Kertas siasatan dalam peringkat akhir. Kita akan selesaikannya tidak lama lagi," kata Fuzi kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur.

Fuzi juga enggan mengulas mengenai kertas siasatan yang diberikan antara Jabatan Peguam Negara dan polis sebanyak tiga kali. 

"Itu saya tidak mahu komen. Ada beberapa keputusan yang kami perlu dapatkan dan beberapa isu forensik yang perlu diselesaikan," katanya. 

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM


Ini merupakan kali ketiga pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selepas penyeraahan sebelum ini dibuat pada 17 dan 30 Oktober. 

Kertas siasatan itu kemudiannya dikembalikan kepada polis untuk "tindakan susulan", kata Fuzi kepada pemberita bulan lalu. 

Dzulkifli dilanda kontroversi selepas video yang mendakwa beliau bercuti bersama seorang wanita yang bukan isterinya di Bali tersebar.

Polis menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah berkahwin. 

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan namun tidak menafikan dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan dan hanya berkata beliau tidak akan tunduk dengan "taktik kotor". 

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM


Beberapa siri klip video tersebar menunjukkan Dzulkifli dengan seorang wanita berpegangan tangan dan memasuki sebuah restoran di Bali. 

Klip video berkenaan dimuat naik oleh individu yang tidak dikenali di Youtube pada Oktober. 

Wanita terbabit bagaimanapun tampil dan berkata perceraiannya tiada kaitan dengan Dzulkifli. 

Keputusan Kes Skandal Ketua SPRM. Video berkenaan bagaimanapun telah dikeluarkan daripada laman perkongsian video berkenaan. – MI





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...