Tuesday, 12 December 2017

Kejutan Buat Sultan Selangor

Kejutan Buat Sultan Selangor. Mengikut jejak langkah suaminya Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut memulangkan dua darjah kebesaran dari Istana Selangor, kata jurucakap pejabat bekas perdana menteri itu.

Jurucakap yang tidak mahu dinamakan itu berkata, kedua-dua darjah kebesaran itu dipulangkan Khamis lepas, pada hari sama Dr Mahathir berbuat demikian.

“Dr Siti Hasmah juga memulangkan dua darjah kebesaran itu kepada Istana Selangor,” kata jurucakap itu kepada The Malaysian Insight.

Kejutan Buat Sultan Selangor.  “Darjah kebesaran yang dipulangkan ialah SPMS dan DPMS pada hari sama dengan Dr. Mahathir.”

SPMS ialah singkatan kepada Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri bagi lelaki dan Datin Paduka Seri bagi wanita.

Sementara DPMS pula merujuk kepada Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor yang membawa gelaran Datuk Paduka bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Dr Siti Hasmah menerima darjah kebesaran DPMS daripada Istana Selangor pada 1983 dan SPMS pada tahun 1994.

Pihak Istana Selangor memberitahu The Malaysian Insight, satu kenyataan berhubung perkara ini akan dikeluarkan esok.


Kejutan Buat Sultan Selangor


Awal hari ini, The Malaysian Insight melaporkan Dr Mahathir memulangkan dua darjah kebesaran tertinggi yang diterima daripada Istana Selangor minggu lepas.

Dr Mahathir menerima SPMS, Darjah Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa gelaran Datuk. 

Darjah kebesaran itu dikurniakan hanya kepada dua orang pada satu-satu masa dan kuota maksimum penerimanya ialah 40 orang. 

Sejak 1998, darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk Seri.

Kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah, Klang.


Kejutan Buat Sultan Selangor


Ketua Penerangan Bersatu Kamaruddin Mohd Nor mengesahkan kepada The Malaysian Insight Dr Mahathir sudah memulangkan kedua-dua darjah kebesaran itu minggu lepas. – MI




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...