Friday, 15 December 2017

Himpunan Bantah Trump


Himpunan Bantah Trump. Seramai kira-kira 500 orang peserta Himpunan Jurusalem Bukan Hak Zionis Israel berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Himpunan Bantah Trump. Peserta mula berhimpun seawal jam 12 tengah hari di Menara Tabung Haji dan mula berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut disambut dengan laungan Allahuakbar dan Hidup Palestin oleh para peserta yang turut membawa sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan tersebut.

Himpunan Bantah Trump


Dalam pada itu, antara pemimpin yang turut serta dalam himpunan tersebut adalah, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan beberapa pemimpin utama pembangkang yang lain. - sinar




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...