Friday, 8 December 2017

Hamas Isytihar Intifada Baru

Hamas Isytihar Intifada Baru. Hamas mengisytiharkan intifada pusingan baru bermula esok, yang ketiga dalam sejarah konflik Israel-Palestin, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pemimpinnya, Ismail Haniyeh berkata pengumuman Trump itu — yang sekali gus menandakan peralihan dasar Washington terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin dan penolakan kepada penyelesaian dua negara — adalah satu perisytiharan perang.

Hamas Isytihar Intifada Baru. "Baitulmaqdis telah diculik dan dirampas daripada kita," kata Ismail dalam satu ucapan yang disiarkan melalui Al-Jazeera.

Trump semalam mengumumkan pemindahan pejabat kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sekali gus menyimpang daripada dasar luar Washington selama ini berhubung kota suci tiga agama — Islam, Yahudi dan Kristian.

"Pakatan jahat yang membuat keputusan secara unilateral berkenaan status Baitulmaqdis perlu tahu pendirian tegas kita," tambah Ismail.

Hamas Isytihar Intifada Baru


Beliau turut menyentuh kempen boikot oleh dunia Arab yang bersatu dan negara-negara Islam ke atas pentadbiran Amerika.

Dalam menegaskan penolakan Hamas terhadap pengumuman Trump, Ismail berkata seluruh Baitulmaqdis adalah milik Palestin.

Beliau juga menggesa Fatah menyegerakan usaha menamatkan pertikaian sejak sedekad yang lalu dan merangka dasar baru bersama untuk berdepan dengan Israel.

Intifada atau kebangkitan Palestin yang pertama meletus pada Disember 1987 hingga membawa kepada rundingan damai di Madrid pada 1991, dan kemudian berakhir selepas Perjanjian Damai Oslo pada 1993.

Perjanjian damai itu kemudiannya membawa kepada penubuhan Lembaga Palestin sebagai pentadbir di Tebing Barat dan Gaza, dengan kuasa yang terhad.

Hamas Isytihar Intifada Baru


Intifada kedua berlaku pada September 2000 selepas perdana menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon mengunjungi Masjid Al-Aqsa, yang dilihat satu tindakan provokasi.

Intifada kedua ini lebih tegang dan ganas berbanding yang pertama, dan memakan korban yang lebih besar.

Ketegangan itu bagaimana berakhir apabila Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Sharon bersetuju kedua-dua menghentikan keganasan.

Hamas Isytihar Intifada Baru.  "Gencatan" itu bagaimanapun tidak menamatkan serangan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, termasuk serangan ke atas Gaza terutamanya selepas Hamas menang pilihan raya di wilayah itu pada Jun 2007. – Agensi




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...