Tuesday, 12 December 2017

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. Gaji kecil, kos sara hidup tinggi dan sukar menyimpan. Tiga faktor ini menyebabkan kebanyakan masyarakat bandar khususnya berpendapatan sederhana bergelut untuk persiapan persekolahan anak.

Mereka kebanyakannya terpaksa membuat kerja tambahan selain bergantung kepada bonus tahunan yang diberikan majikan setiap tahun.

Ia diakui Siti Marlina Abdul Rashid, 38, yang membelanjakan hampir RM1,000 bagi menyediakan barang keperluan sekolah untuk tiga anaknya.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. “Pendapatan kasar saya dan suami RM5,000 saja. Anak tiga orang sudah bersekolah. Kami memang kena kerja kuat demi anak-anak.

“Mujur setiap tahun, saya dapat bonus bergantung pada prestasi kerja. Duit untuk simpan memang susah sangat sebab gaji kami memang cukup-cukup untuk komitmen,” katanya yang sudah 20 tahun bekerja di Pejabat Pos Malaysia.

Bagaimanapun, keluarga yang tinggal di Bukit Jalil ini hanya membeli barang keperluan sekolah anaknya mengikut kemampuan dan tidak berbelanja mewah.

“Untuk baju sekolah, kalau anak sulung saya beli sehelai dan selebihnya pakai saja tahun lepas yang masih elok. Anak yang lain pun sama, saya beli sepasang saja.

“Semuanya bergantung pada bajet sebab semakin hari harga barang naik. Kos belanja untuk keperluan rumah pun naik. Semuanya beri kesan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jabatan Perangkaan merekodkan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan meningkat pada kadar 3.7% bagi Oktober 2017 kepada 120.0 daripada 115.7 pada bulan sama tahun lepas.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks Pengangkutan (+12.1%) dan Penyelenggaraan Isi Rumah (+2.6%) dan Kesihatan (+2.4%).


Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula


Manakala bagi Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 4.4% pada Oktober 2017 yang didorong subkumpulan makanan Minyak dan Lemak (+16.2%), Ikan & Makanan Laut (+6.8%), Sayur-sayuran (+5.0%), Buah-buahan (+4.0%) dan Daging (+3.2%).

Bagi keluarga tidak berkemampuan, seorang anak hanya mendapat sepasang baju baru saja, selebihnya gunakan pakaian yang masih elok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.
Bagi keluarga tidak berkemampuan, seorang anak hanya mendapat sepasang baju baru saja, selebihnya gunakan pakaian yang masih elok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017.
Bagaimanapun, Marlina berkata beliau tidak melihat peningkatan terhadap kelengkapan baju sekolah kerana pemilihan baju tidak konsisten dan pembelian dibuat berdasarkan kemampuan.

“Setiap tahun harga baju sekolah dan kasut sekolah lebih kurang sama. Saya memang tidak beli jenama sama. Saya akan cari mana pasar raya yang buat jualan murah.

“Misalnya, baju kalau kemampuan untuk seorang RM50 maka saya akan cari yang harga macam itu di pasar raya,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insight di sekitar Lembah Klang baru-baru ini mendapati banyak pasar besar menjual barangan keperluan sekolah dengan pelbagai harga jualan.

Baju kurung boleh didapati dengan harga serendah RM30 sepasang, manakala kasut sekolah boleh didapati dengan harga serendah RM10 sepasang.

Sama seperti keluarga V.Shantamary, 40, juga menghadapi kesukaran untuk penyediaan barang dua anaknya. Beliau bukan saja bergantung kepada bonus tahunan tetapi terpaksa mengurangkan perbelanjaan perayaan hari Krismas demi memastikan keperluan anak-anaknya mencukupi.

“Untuk anak saya, beli baju dan kasut sudah RM600. Saya beli baju untuk mereka empat pasang. Kasut dua pasang. Yang perempuan tak lasak, lelaki memang kena selalu tukar baju.

“Itu belum lagi keperluan lain. Walaupun gaji saya kalau dengan suami lebih kurang RM10,000 tetapi kami susah hendak menyimpan. Krismas ini pun kita tidak sambut meriah kerana perlu jimat.

“Kita belanja RM5,000 untuk seorang anak setahun yang meliputi pakaian, buku, wang saku dan van sekolah. Tahun lepas RM4,000 seorang. Ada peningkatan dibandingkan tahun lepas,” kata pegawai bank dari Puchong itu.

Katanya, disebabkan kos sara hidup tinggi dan peningkatan harga barang itu, mereka juga terpaksa melupakan hasrat untuk percutian keluarga.

“Disebabkan ekonomi, kita kena lupakan percutian keluarga. Kalau mahu, kena rancang awal-awal untuk jimat. Lihat mana yang berpatutan dan ikut kemampuan.

“Kami kena kerja lebih masa dan cuba untuk tidak membazir pada benda yang tidak perlu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

 V.Shantamary lebih suka membeli barang sekolah berjenama untuk memastikan ia tahan lama dan berkualiti.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula


Tidak kurang cabarannya bagi seorang ibu tunggal.  Irma Arissa Sharuddin, 32, memerlukan sekurang-kurang RM1,000 untuk membeli kelengkapan tiga anaknya.

Pembantu perubatan di Hospital Selayang itu juga terpaksa berpisah dengan anaknya dengan meletakkan mereka di kampung bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Selepas bercerai, tiga anak saya terpaksa duduk di Kampar, Perak, kampung saya. Kenalah saya kurangkan kos. Di KL hantar pengasuh pun mahal untuk tiga orang.

“Jadi mahu tidak mahu terpaksa saya berkorban hidup tanpa mereka. Di KL hidup saya hanyalah kerja dan hospital itu macam rumah pertama saya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, selain menerima wang bulanan RM600 sebulan daripada bekas suami, beliau juga perlu membawa Uber selepas pulang kerja untuk menampung perbelanjaan harian.

“Duit gaji saya, saya simpan dan asingkan, tak banyak pun. Saya bawa Uber jadi dapatlah sebulan RM500 paling sedikit.

Dilema Rakyat Malaysia Bila Musim Persekolahan Bermula. “Selain bekas suami bagi duit, bekas ibu mertua juga banyak membantu saya. Gaji saya bawah RM3,000 memang tak cukup,” katanya. - MI






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...