Tuesday, 19 December 2017

Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan


Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan. Kementerian Pendidikan mesti segera melaksanakan kod etika ibu bapa bagi mengelak tindakan semberono ibu bapa terhadap guru yang mendidik dan mendisiplinkan murid, seperti dialami seorang guru di Negeri Sembilan, kata persatuan guru.

Azizan Manap, penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah rendah di Nilai, hari ini akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Seremban atas dakwaan mencederakan anak muridnya.

Azizan, 44, dituduh dengan sengaja mencederakan seorang murid Tahun Lima di sebuah sekolah rendah yang didakwa melakukan kesalahan disiplin yang serius dan berulang antaranya menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata kod etika ibu bapa itu perlu dilaksanakan tanpa ditangguhkan lagi kerana tanpanya guru tidak mampu untuk melindungi diri jika "diserang" oleh ibu bapa.

"Kita (NUTP) dah setahun tunggu kementerian, kita nak kod etika ibu bapa mesti dilaksanakan.

Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan


"Sekarang ini kod etika tak ada. Mak ayah ikut dia saja nak buat apa. Jadi guru memang tak boleh nak protect (lindungi) diri," katanya kepada The Malaysian Insight.

NUTP tahun lalu menyerahkan cadangan kod etika berkenaan kepada Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan tetapi sehingga sekarang badan itu mendakwa masih belum ada tindakan.

Kod etika itu antara lain memberi garis panduan kepada ibu bapa dan penjaga apabila masuk ke kawasan sekolah dan berurusan dengan guru dan pihak pentadbir sekolah.

Kod etika itu disusun selepas beberapa kejadian ibu bapa menyerang guru di sekolah, antaranya setelah anak mereka dikenakan tindakan disiplin.

"Kita nak ubah sistem pendidikan kita supaya lebih tertib ke arah negara maju," kata Kamarozaman.

"Jadi kita mengharapkan pihak kementerian memandang serius perkara ini sebab guru nak mengajar, jadi (tanpa kod etika itu) dia tak ada keselesaanlah lepas ini.”

Sengaja menyebabkan cedera

Laporan media menyebut Azizan dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM500 dan kes ditetapkan bicara hari ini.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan setahun atau denda RM2,000, atau kedua-duanya.

"Jika kes ini kalah kita memang dukacitalah," kata Kamarozaman, menambah Azizan juga berdepan kemungkinan hilang pekerjaan.

Kes ini hangat apabila NUTP menyeru guru supaya hadir ke mahkamah di Seremban hari ini untuk memberikan sokongan moral kepada Azizan. Dijangkakan kira-kira 300 guru, ibu bapa dan masyarakat setempat akan hadir untuk menyatakan solidariti.

Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid semalam berkata kementerian tiada halangan untuk guru berhimpun di mahkamah hari ini kerana ia tidak ubah sokongan "seperti kepada ahli keluarga sendiri".

Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan


BH Online melaporkan kes itu turut menarik perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan yang dijangka akan turut ke mahkamah hari ini, selain Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock dalam pada itu memberi jaminan tiada tunjuk perasaan sebaliknya hanya satu perhimpunan aman.

Ubah budaya sekolah

Kamarozaman memberitahu The Malaysian Insight, Azizan seorang guru baharu di sekolah berkenaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan masalah disiplin.

"Cikgu Azizan ini seorang yang tegas untuk mengubah budaya sekolah itu daripada tidak berdisiplin kepada berdisiplin," katanya.

Kamarozaman berkata ketegasan Azizan dalam soal disiplin mendapat sokongan sesetengah ibu bapa tetapi ada juga ibu bapa yang tidak bersetuju, dan katanya, mereka inilah yang membuat laporan polis.

"PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) support (sokong) dia. Bila PIBG support, ada di kalangan ibu bapa yang tak support, yang report polis… sedangkan anak dia tak cedera pun.

"Kita suruh berdamai tapi dia tak nak, dia buat report polis, maka terpaksalah dan cikgu Azizan masuk mahkamah," katanya.

Kamarozaman berkata pihaknya menawarkan seorang peguam mewakili Azizan hari ini, tetapi beliau kesal dengan sikap kementerian.

Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan


"Saya pun pelik dan pening. Sepatutnya sebagai ketua jabatan (kementerian), kita mesti mempertahankan anak buah.

"Sepatutnya kementerian support (pertahankan guru) tapi mereka (kementerian) kata ini kes jenayah. Tapi (kes berlaku) di sekolah," katanya.

Kamarozaman turut menepis sangkaan orang ramai kononnya lebih mudah mengendalikan murid sekolah rendah berbanding sekolah menengah kerana tanggapan itu bergantung kepada lokasi sekolah.

Katanya, banyak cabaran yang dihadapi oleh guru apabila kawasan perumahan berdekatan sekolah sememangnya terkenal dengan kegiatan gengsterisme dan dadah.

Di Sebalik Tabir Kes Cikgu Azizan. Kes Azizan ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menulis pelbagai komen dengan tanda pagar #PrayForCikguAzizan dan #AnakkuSazaliTidakAkanBerulang, merujuk kepada filem popular P. Ramlee bertajuk “Anakku Sazali” yang mengangkat tema pendidikan anak. – the malaysian insight





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Saya bekas guru ingin mengingati semua guru agar ada satu dokumentasi atas semua kesalahan murid. Jika ke mahkamah .... kena ada bukti yg kukuh menyokong tindakan guru.
    Harap semua guru bersedia dgn dokumentasi mencatat semua kesalahan murid dan minta murid tandatangan setiap kali catan di buat ...
    Tq

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...