Thursday, 21 December 2017

Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan

Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan. Pakar keselamatan siber memberi amaran kemudahan menggunakan mata wang digital Bitcoin boleh digunakan untuk aktiviti haram, termasuk pengubahan wang.

Pakar keselamatan CF Fong berkata wang yang dihantar melalui transaksi Bitcoin tidak boleh dikesan.

Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan.  “Dengan Bitcoin anda boleh menghantar wang dari satu hujung dunia ke hujung lain tanpa badan pentadbiran berpusat,” katanya.

“Itu sebabnya begitu banyak kerajaan di dunia bimbang akan transaksi Bitcoin.”

Menurutnya, transaksi Bitcoin tidak boleh disekat atau dikesan, menyebabkan ia digemari mereka yang melakukan pengubahan wang haram.

“Tiada cara untuk mengesan lokasi asal dan destinasi wang itu.

“Pengedaran dadah, penjualan senjata api dan bayaran tebusan penculikan juga boleh dijalankan menggunakan Bitcoin kerana ia tidak dapat dikesan,” katanya.


Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan


Fong turut menyentuh kutipan wang haram daripada orang ramai oleh syarikat multi-level marketing (MLM) yang mendakwa mempunyai mata wang digital tersendiri.

“Anda perlukan lesen untuk mengutip wang daripada orang ramai. Tapi kebanyakan syarikat MLM menggunakan konsep ‘Initial Coin Offerings’ (ICO) untuk mengutip dana.”

Fong berkata ICO menambah kekeliruan tentang bagaimana mata wang digital beroperasi.

“Biasanya, jualan mereka seperti ini: ‘jika anda terlepas kerubut Bitcoin, kami ada mata wang digital tersendiri yang boleh anda manfaatkan’.

“Kebanyakan MLM di Malaysia menggunakan cara ini untuk perdaya orang ramai.


Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan


Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini dilaporkan akan bermesyuarat dengan pedagang tukaran mata wang digital yang aktif untuk menerangkan mengenai kewajipan para pedagang melaporkan kegiatan mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jual beli Bitcoin boleh dilakukan melalui tukaran mata wang digital yang banyak diwujudkan di seluruh dunia.

Bitcoin Berbahaya Kata Pakar Keselamatan.  BNM kini merangka dasar untuk mengharamkan tukaran seperti itu di Malaysia dan menghalang penipuan termasuk pelancaran sesebuah ICO untuk mengutip wang daripada orang ramai. - free malaysia today






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...