Monday, 25 December 2017

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari..

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari. Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi menyambut baik jika terdapat ADUN PAS di negeri ini yang ingin menyertai PKR.

ADUN Sementa itu mengalu-alukan perkara itu memandangkan PKR seboleh-bolehnya mahu mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU14.

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari. Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin mengatakan 10 ADUN PAS di Selangor dijangka menyertai PKR.

PAS ramal lebih banyak 'benda pelik' keluar dari Mahathir

“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber.

“Itu pendapat beliau saja, terserah.

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari


Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada perasmian Karnival Himpunan Anak Muda Smart Selangor 2017 di tapak skateboard Taman Seri Andalas, semalam.

Fokus pertandingan dua penjuru

Menurut Daroyah fokus PKR adalah pertandingan dua penjuru untuk menang PRU pada kali ini.

“Jika pertandingan tiga penjuru, ia bukan hanya memberi peluang kepada BN untuk menang bahkan boleh menyebabkan pengundi keliru untuk membuat pilihan pada hari pengundian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, PKR tetap bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru melalui strategi-strategi yang sudah dipersiapkan.

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari


Kelmarin Iskandar yang juga exco Selangor mengulas laporan portal berita The Malaysian Insight yang mendakwa jentera pilihan raya PKR diminta bersedia mengurus gelombang kedua kemasukan pemimpin dan anggota PAS di negeri itu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan laporan itu menyebut kemasukan ADUN PAS berkenaan akan berlaku menjelang PRU14 dan mereka dijangka bertanding menggunakan tiket PKR.

"Pada saya ia adalah khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka kurang dari tiga bulan dari sekarang.

Berita Yang Tak Sanggup PAS Dengari. "Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli agar mereka hilang tumpuan," kata Iskandar dalam satu kenyataan. - malaysiakini





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...