Sunday, 24 December 2017

Berita Ini Cukup Memalukan Umno

Berita Ini Cukup Memalukan Umno. Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia gagal untuk hadir pada debat umum di Kuching berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) Lina Soo. 

Pandikar, dalam satu surat yang difakskan kepada Soo semalam berkata, beliau tidak dapat hadir untuk sesi debat berkenaan kerana cabaran debat beliau "ditujukan secara spesifik kepada pemimpin Sabah".

Berita Ini Cukup Memalukan Umno. Beliau mencabar Ketua Menteri Sabah Abang Johari Openg berhubung perbezaan pendapat dalam MA63. 

"Saya sangat kecewa," kata Soo kepada pemberita dan mereka yang hadir untuk debat itu di Hotel Grand Continental hari ini. 

"Saya rasa seperti ditinggalkan di altar (pada hari perkahwinan saya).

"Pengantin lelaki saya tidak hadir. Itu yang saya rasakan."

Soo sebelum ini sudah menghantar surat sebanyak dua kali kepada Pandikar iaitu pada 29 Nvember dan 4 Disember - untuk menyatakan persetujuannya menyahut cabaran debat daripada Pandikar Amin berhubung isu MA63. 

Berita Ini Cukup Memalukan Umno


Syarat lain yang dikenakan adalah debat itu mesti dibuat di luar Parlimen. 

Pandikar membuat cabaran itu selepas beliau dikritik di Sabah dan Sarawak kerana pandangannya terhadap MA63 yang disokongnya dalam sebuah forum di Kota Kinabalu awal bulan lalu. 

Katanya, beliau tidak setuju dengan hak negeri Sabah yang tidak dilaksanakan sepenuhnya di bawah perjanjian itu dan menuduh mereka yang mendakwa demikian hanya membuat "retorik politik kosong" untuk mencetuskan kemarahan dan kebencian dalam kalangan rakyat Sabah. 

Beliau turut menolak dakwaan di forum berkenaan bahawa kerajaan persekutuan tidak membawa apa-apa kemajuan kepada rakyat di dua negeri Borneo itu. 

Kritikannya di Sabah menyebabkan beliau dituduh "cuba menyemai benih keraguan yang tidak bertanggungjawab (terhadap MA63)."

Pada pelamcaran buku baharunya, Berpisah Tiada, Pandikar menjawab kritikan terhadapnya dengan mencabar mereka berdebat.

"Saya sedia untuk jawab pertanyaan kamu di luar Parlimen. Namakan sahaja di mana dan bila masanya dan Pandikar Amin akan hadir," katanya. 

Sementara Soo menyahut cabaran itu, ketua menteri Sarawak menolak dan menyifatkannya sebagai "bodoh".

Soo, dalam posting di Facebooknya pada Rabu, sudah menyatakan tiada perubahan untuk jadual debat itu. 

"Ini ditentukan berdasarkan cabaran terbuka Pandikar Amin "bila-bila masa, di mana sahaja" dan butiran jadual sudah dimaklumkan kepadanya menerusi surat yang dihantar melalui Poslaju pada 4 Disember 2017, yang mana sehingga kini Pandikar masih belum bersuara mengenainya. 

"Ini merupakan debat interpretatif satu sama satu. Subjek utamanya adalah MA63. 

"Penghujahannya adalah bagi menentang penegasan Pandikar bahawa Sarawak dan Sabah adalah sama statusnya dengan negeri lain di Malaya; dan hak negeri Sabah tidak pernah terhakis."

Soo berkata tidak akan ada pemenang atau yang kalah jika debat itu diteruskan tetapi penonton boleh menilai sendiri penghujahan itu. 

Berita Ini Cukup Memalukan Umno


Hari ini, aktivis politik itu berkata beliau terpaksa berdeoan dengan khabar angin yang mengatakan debat itu dibatalkan, dan kerajaan sudah membatalkannya dan mendakwa beliau menjual tempat untuk mendengar debat itu. 

"Adakah kemunculan Pandikar Amin untuk membuktikan nilai dan bahan dari apa yang dia katakan dan berdiri dengan apa yang dia tulis?

“Hero or zero... sila hadir Sabtu ini!”

Terdahulu, Soo juag berkata Pandikar hanya "bercakap kosong" berhubung pandangannya terhadap MA63. 

"Beliau tidak mengkaji perjanjian itu. 

"Pandikar tidak tahu dan tidak faham apa yang beliau katakan. 

"Untuk menyatakan Status Sabah dan Sarawak sama dengan negeri Malaya dalam Persekutuan Tanah Melayu jelas menunjukan kejahilannya mengenai status sebenar Sabah dan Sarawak sebagai komponen negeri berdaulat dalam keseluruhan persekutuan," kata Soo. 

Beliau berkata Pandikar seolah-olah "mencari cermin mata merah dan tidak menyedari kenyataan di mana kegagalan kerajaan persekutuan untuk mematuhi MA63 telah meninggalkan Sabah dan Sarawak dengan tahap kemiskinan dan buta huruf tertinggi".

Berita Ini Cukup Memalukan Umno. Bagaimanapun, beliau hari ini menjadikan sesi debat yang gagal itu sebagai satu sesi bual bicara mengenai MA63. – the malaysian insight





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...