Monday, 4 December 2017

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dua lagi alamat Protokol Internet (IP) masing-masing di Belanda dan Hong Kong dalam usahanya mencari punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Penemuan terbaru itu menjadikan jumlah alamat IP yang terlibat dalam kes ini sebanyak tiga, dengan yang pertama dikenal pasti di Oman pada bulan lepas.

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia.  "Sekarang polis sedang berusaha lengkapkan siasatan dan mengalami kesukaran untuk kesan e-mel (pemilik)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur semalam.

IP adalah urutan nombor unik yang diperuntukan bagi setiap peranti yang disambungkan kepada rangkaian komputer.

Alamat IP ini merupakan kod identiti dan ia membolehkan komputer menerima dan menghantar data melalui rangkaian komunikasi.

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia


Ditanya adakah polis akan meminta bantuan pihak berkuasa negara lain, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini ianya tidak perlu.

"Buat masa ini siasatan sedang dilakukan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya,

Pada 1 Nov lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia


Salleh berkata siasatan sedang dilakukan MCMC dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan isu itu.

Berita Betul² Menggemparkan Rakyat Malaysia.  Pada awal Nov, laman lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja. -bernama



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...