Wednesday, 13 December 2017

Bekas Ketua Polis Daerah Ditahan

Bekas Ketua Polis Daerah Ditahan. Tempoh tahanan reman ke atas seorang bekas ketua polis daerah di Perak serta isteri dan seorang ahli perniagaan wanita dilanjutkan 4 hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah laku.

Permohonan lanjutan tempoh reman ke atas pegawai lelaki berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) serta 2 wanita itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaludin.

Bekas Ketua Polis Daerah Ditahan.  Tempoh reman 5 hari ke atas ketiga-tiga individu berkenaan sejak 8 Disember lalu tamat hari ini.

Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi kemudian membenarkan ketiga-tiga individu tersebut disambung reman sehingga Sabtu ini (16 Disember) bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009.

Pegawai polis yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta isteri diwakili peguam Ashok Athimulan, manakala ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam.


Bekas Ketua Polis Daerah Ditahan


Terdahulu, pegawai polis berumur 59 tahun, isterinya, 54, dan ahli perniagaan, 34, dibawa ke kompleks mahkamah pada jam 11.00 pagi oleh pegawai SPRM berpakaian lokap SPRM serta bergari bagi mendapatkan perintah lanjutan reman.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan 7 Disember lalu semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 7.30 malam.

Susulan tangkapan itu, pasukan penyiasat SPRM melakukan penggeledahan di rumah pegawai polis berkenaan sebelum menemukan wang tunai hampir RM1 juta dan barang kemas di dalam kotak kasut serta peti besi.

Bekas Ketua Polis Daerah Ditahan. Menurut SPRM, ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis berkenaan ketika berkhidmat sebagai ketua polis daerah dan dipercayai wanita berkenaan memberikan RM70,000 untuk majlis perkahwinan anak pegawai itu pada Februari lalu. - fmt




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...