Saturday, 4 November 2017

Zakir Naik Bakal Ditangkap

Zakir Naik Bakal Ditangkap. India akan membuat permintaan rasmi kepada Malaysia bagi mengekstradisi pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik, lapor Times of India hari ini.

"Proses dalaman undang-undang kami sudah hampir selesai. Sebaik sahaja ia lengkap, kami akan membuat permintaan rasmi kepada kerajaan Malaysia tidak lama lagi," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Raveesh Kumar.

Zakir Naik Bakal Ditangkap. Zakir, yang dikenali sebagai pengamal Islam tegar menjadi pemastautin tetap di Malaysia selama lebih lima tahun.

Putrajaya menafikan memberi "layanan istimewa" sebagaimana dakwaan sesetengah pihak, dengan Kementerian Dalam Negeri mengatakan Zakir tidak melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia.

Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) menyediakan beberapa tuduhan terhadap Zakir kerana "mempromosikan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama yang berbeza di India melalui ucapan dan ceramah umum".

Zakir Naik Bakal Ditangkap


NIA juga memfailkan surat tuduhan terhadapnya kerana didakwa menghasut golongan muda melakukan kegiatan keganasan.

Pandangan keras pendakwah berusia 52 tahun yang sering muncul di kaca televisyen itu mencetuskan kemarahan dan siasatan di India, menyebabkan beliau melarikan diri dari negara itu. Beliau juga dikatakan diharamkan di United Kingdom.

Dalam artikel sebelum ini, Times of India mengatakan "sokongan terhadap Islam yang lebih dipolitikkan" beberapa tahun ini telah berkembang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak terutamanya selepas prestasi kerajaan yang lemah sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Zakir Naik Bakal Ditangkap


Rashaad Ali, penganalisis dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Singapura, dipetik berkata jika Malaysia menolak Zakir ke luar negara, ia akan menyebabkan pihak berkuasa "hilangan kredibiliti agama di mata orang awam".

Zakir Naik Bakal Ditangkap. Beliau berkata Malaysia menerima Zakir meskipun beliau berdepan masalah undang-undang di luar negara kerana "beliau masih menjadi karektor popular di kalangan orang Melayu, yang melindungi aspeknya yang lebih kontroversi". - MI




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...