Wednesday, 15 November 2017

Tanpa Disangka, Jawapan PAS Amat Mengejutkan

Tanpa Disangka, Jawapan PAS Amat Mengejutkan. Beberapa pemimpin PAS mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak membantah Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri bulan lalu, dengan berkata pembangkang yang minoriti tidak mampu menghalang bajet tersebut melainkan “suatu keajaiban pelik berlaku”.

“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim dipetik laman berita parti, Harakahdaily.

Tanpa Disangka, Jawapan PAS Amat Mengejutkan. Menurutnya, ini kerana semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah tentu akan mengundi untuk menyokong bajet itu, walaupun 100 daripada mereka “terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat”.

Katanya, PAS mengambil sikap berkecuali kerana bajet tersebut ada baik dan buruknya.

“Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet tersebut ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat. Nak sokong, ada juga dalam bajet itu yang tak baik untuk rakyat dan negara,” tambahnya.

“Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga.”

Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 untuk meluluskan peruntukan RM280.25 bilion bagi bajet tahun depan diluluskan pada Isnin, dengan sokongan 107 wakil rakyat BN berbanding 59 ahli Parlimen yang membantah.


Tanpa Disangka, Jawapan PAS Amat Mengejutkan


Daripada 12 ahli Parlimen PAS yang berada dalam Dewan Rakyat, semua kecuali Datuk Mahfuz Omar tidak mengundi. Ia mengundang ucapan terima kasih daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang sebelum ini mempertahankan pendirian PAS untuk berkecuali, berkata ia bukan sesuatu yang ganjil.

Beliau berkata sikap itu pernah ditunjukkan pemimpin pembangkang apabila Dewan Rakyat mengundi untuk menghapuskan kekebalan raja-raja ketika krisis perlembagaan 1993.

Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.

Tanpa Disangka, Jawapan PAS Amat Mengejutkan. “Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang dan rileks saja,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - fmt





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


3 comments:

  1. Tukar nama...Parti Kecuali SeMalaysia.

    ReplyDelete
  2. Memang betuk\l seperti kata prof Agus pemimpin PAS memang tak cerdik cuma pandai bercakap bab agama bab rakyat langsung tiada wawasan untuk berkembang sepatutnya PAS lebih peka dengan kepayahan rakyat sebab perjuangan PAS adalah untuk kesesejahteraan bagai rakyat naj sejehtera yang mudah macam ni pun tiadak tahu nak urus lebih baik kita lupuskan PAS dalam PRU14 nanti

    ReplyDelete
  3. PAS tenang dan rileks

    Bagusle... Korang rileks makan gaji ribu2. Rakyat makan pasir

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...