Friday, 17 November 2017

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib. Menurut satu laporan disiarkan portal Free Malaysia Today semalam, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap merasmikan expo Negaraku di Dataran Merdeka berkata rakyat tidak perlu pandang kiri kanan, atau termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang dibawa "pihak berkenaan."

Kemudian Najib menambah rakyat boleh berasa optimis, yakin bahawa masa depan negara berada dalam tangan orang yang mampu membawa rakyat jauh ke hadapan sebagai sebuah kerajaan.

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib. Antara petikan paling menarik ialah: “Pemimpin dunia menghormati kita. Presiden China, Amerika Syarikat, perdana menteri lain semua menghormati kita. Yang tak hormat kita hanya satu dua ekor sahaja dalam negara.”

Tidakkah optimistik Najib ini menjengkelkan?

Dalam keadaan rakyat baru sahaja dihadiahkan dengan harga minyak paling tinggi sejak sistem harga mingguan diperkenalkan, siapa agaknya "satu dua ekor" yang dikatakan Najib sebagai tidak hormat kerajaan itu?

Jika yang dimaksudkan Najib itu ialah pihak yang menolak kepimpinan Umno dan BN, mungkin dia terlupa 52 peratus pengundi telah menolak mereka dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Inikah yang digelar Najib sebagai "satu dua ekor" itu?

Wang saku mengecut

Mengharapkan rakyat tidak menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan kelangsungan politik menunjukkan terdesaknya jiwa Najib.

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib


Dia terdesak sehingga sanggup menasihatkan sesuatu yang tidak masuk akal. Malah mempamerkan betapa dia sebenarnya jauh daripada realiti masyarakat yang sangat krtitikal mentafsir maklumat hari ini.

Rakyat bukan sekadar menoleh kiri dan kanan, malah bijak memikirkan masa depan dan belajar daripada pengalaman silam.

Najib masih cuba mendodoi rakyat dengan lagu kuno apabila cuba menterjemahkan krtitikan atau tentangan terhadap kerajaan sebagai tidak menghormati negara. Walhal dalam dunia moden, rakyat cukup arif membezakan antara kepentingan negara dan kepentingan politik.

Dalam amalan demokrasi tindakan mengkritik kerajaan langsung tidak boleh diterjemahkan sebagai tidak menghormati negara.

Umno dan BN menjadikan institusi kerajaan seolah-olah milik mutlak mereka sehingga tatakelola negara tersadur dengan cara fikir dan budaya hidup Umno.

Dari situ terembes segala salah laku, rasuah dan penyelewengan yang menghambat hidup rakyat. Maka apabila rakyat marahkan kerajaan, itu bermakna rakyat tidak mahu polisi-polisi urus tadbir Umno dan BN mengheret negara ke kancah kemudaratan.

Setiap rakyat Malaysia hari ini terkesan dengan bebanan kos sara hidup yang naik menjulang. Tidak ada inisiatif yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan untuk membantu menaikkan pendapatan rakyat.

Hormat sebagai manusia

Malah kerajaan tidak mampu mencontohi inisiatif negara jiran - Singapura - untuk memastikan gaji dinaikkan setiap tahun.

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib


Tidak cukup dengan itu, ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus dan penarikan subsidi bahan api terus menjadi faktor mengecutnya wang saku orang ramai.

Dalam keadaan rakyat terhimpit ini, rakyat dihidangkan pula dengan isu salah urus kewangan negara yang melibatkan penyelewengan berbillion ringgit dana awam seperti dalam kes 1MDB.

Isu 1MDB tidak sekadar menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit wang yang boleh digunakan untuk kesejahteraan rakyat, tetapi turut mencalar imej Malaysia di mata dunia.

Lalu inikah yang dikatakan negara sedang berada "dalam tangan yang baik" itu?

Alangkah bagusnya jika Najib dan gerombolannya berhenti daripada cuba menegakkan benang yang basah dan memperbetulkan keadaan.

Biarpun kepincangan urus tadbir kerajaan ini akan menjadi kelebihan kepada pembangkang dalam PRU akan datang, namun membiarkan rakyat terus menderita bukan satu pilihan.

Apabila mengenang kalimah “kepala bapak kau’ yang dimuntahkan Najib semasa berucap di Persidangan Agung MCA baru-baru ini, ditambah pula dengan kalimah terbaru "satu dua ekor", seperti memang sudah tidak ada peluang untuk kita membetulkan kepincangan negara kecuali melalui pilihan raya.

Selepas Kepala Bapak Kau, Ini Perkataan Baru Najib. Seperkara lagi, apa yang pasti semarah mana pun rakyat terhadap sikap dan perilaku Najib mereka belum tergamak memanggil beliau sebagai "seekor Najib" kerana kita masih mampu menghormati beliau sebagai manusia. - mk






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. seseorang wajib menasihatkan najib supaya letak jawatan sebelum rakyat di timpa bala yang lebih besar

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...