Sunday, 12 November 2017

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar?

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar? Usaha kerajaan memajukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini bukan hanya retorik, sebaliknya ia diterjemah dan dilaksanakan dengan pelbagai bentuk program, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara yang dilaksanakan kerajaan adalah merangka Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB). 

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar? Menerusi MIB, katanya, sebanyak 2 bilion unit saham amanah disediakan untuk masyarakat India oleh Permodalan Nasional Berhad dan ia seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti tersebut. 

"Pemimpin India turut dibawa ke dalam Kabinet sebagai anggota pentadbiran, terdapat juga masyarakat India dalam pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan. Ini satu komitmen terbaik oleh Perdana Menteri Najib Razak," katanya. 

Zahid menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2017 di Ladang Info Ternak di Sungai Siput, malam ini, yang dihadiri kira-kira 8,000 masyarakat pelbagai kaum. 

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar?


Sambutan itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak bagi merapatkan persefahaman serta perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia selain mempromosikan tradisi sambutan perayaan di negara ini sebagai tarikan pelancongan. 

Acara itu turut mendapat liputan khas oleh 26 petugas media dari negara-negara Asean yang dibawa oleh Tourism Malaysia menerusi ‘Mega Familiarisation Programme’ (Mega Fam) ke seluruh negara.         

Selain itu, timbalan perdana menteri berkata walaupun Malaysia terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya serta perayaan, namun perpaduan bukan masalah besar kepada negara. 

"Ini kerana, kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri menjadikan soal perpaduan sebagai garis utama untuk mengekalkan rasa keharmonian, kecintaan dan kebersamaan antara kita," katanya. 

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar?


Dalam pada itu, Zahid meminta masyarakat India termasuk di Sungai Siput supaya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela. 

"Dahulu ada tokoh dari Sungai Siput (S. Samy Vellu) dan tentunya kita harap orang Sungai Siput pilihlah pemimpin dari parti yang boleh membantu orang India di sini. 

Satu Lagi Retorik Umno BN Terbongkar? "...rugi besar jika masyarakat India di Sungai Siput tidak diwakili oleh wakil yang boleh memberikan pertolongan. Berubahlah dari sekarang supaya dapat memajukan Sungai Siput, Perak dan Malaysia keseluruhannya," kata beliau. – Bernama





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...