Monday, 6 November 2017

Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi..

Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi. Menurut satu emel yang dibocorkan, pembiaya jutawan dari Malaysia Low Taek Jho telah mencari tempat selamat untuk berlindung sebaik saja kontroversi tentang penyelewengan besar-besaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebar.

Emel itu menyebut Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low memilih Pulau Cayman, lapor portal berita Malaysiakini.

Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi. Dalam emel yang bertarikh 11 Ogos 2015, peguam Low, Demelza Hassani yang berpangkalan di United Kongdom telah menghubungi firma undang-undang luar pesisir bertanyakan tentang undang-undang ekstradisi di Kepulauan Cayman dan British Virgin Islands (BVI) denga mengatakan anak guamnya menjadi sasaran "tuduhan kewangan bermotifkan politik".

"Kami inign mendapatkan nasihat mengenai keadaan di mana pihak berkuasa Malaysia memohon pihak berkuasa Cayman?BVI untuk memulakan satu prosiding ekstradisi. Secara khususnya, kami memerlukan nasihat tentang keadaan ini jika waran tangkapan anak guam kami akan dikeluarkan atau notis merah Interpol dikeluarkan semasa dia tinggal.

"Kami juga ingin tahu sama ada Cayman? BVI boleh dianggap sebagai satu tempat yang selamat untuk dilawati di masa akan datang atau sama ada anda akan menasihati klien supaya tidak ke sana," katanya.


Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi


Dalam emel yang dihantar sehari sebelum 10 Ogos, Hassani berkata Low sangat "bimbang" pendedahannya selepas tuduhan peranannya dalam penyelewengan berbilion dolar dari 1MDB.

"Baru-baru ini Low menjadi subjek tuduhan kesalahan kewangan di Malaysia," tulisnya. 

"Memandangkan dakwaan dibuat di Malaysia, Low bimbang dengan pendedahan antarabangsanya dan mendapatkan nasihat pakar mengenai undang-undang antarabangsa (termasuk permintaan bantuan undand-undang dan/ atau perintah halangan antarabangsa)," kata Hassani dalam emel tersebut.

Emel-emel dihantar sebulan selepas Eall Street Journal (WSJ) menerbitkan pendedahan yang secara langsung mengaitkan Low dan Perdana Menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

Hassani turut bertanya sama ada Kepulauan Cayman dan BVI mempunyai rundingan dua hala atau pelbagai hala, dan jika ya, apakah yang mungkin ia perlukan.

Sekiranya tiada rundingan seperti itu, Hassani bertanya sama ada kedua-dua pihak berkuasa pernah mengekstradisi sesiapa scara tidak rasmi.


Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi


Emel-emel itu muncul sebagai sebahagian daripada penemuan kes Paradise Papers yang dikeluarkan Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasat (ICIJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), dosebalik pendedahan Panama Papers pada tahun lalu.

Minggu lepas, Peguam Negara Apandi Ali berkata beliau telah mengarahkan pihak polis untuk membuka semula siasatan ke atas 1MDB.

Rupanya Di Sini Tempat Jho Low Bersembunyi. Beliau mendakwa tidak berpuas hati dengan laporan bukti dalam siasatan tersebut namun enggan mendedahkan bahagian yang hendak disiasat semula. - MI




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...