Sunday, 12 November 2017

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM. Polis meneruskan lagi siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad yang dituduh menjalin hubungan sulit dengan isteri orang, selepas diarahkan oleh Peguam Negara untuk menyiasat lagi kes itu.

Ketua Polis Negara Mohd Fuzi Harun berkata polis sebelum ini dua kali menyerahkan laporan siasatan kepada Pejabat Peguam Negara tetapi ditolak dengan arahan teruskan siasatan.

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM.  Laporan siasatan pertama dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 17 Oktober manakala yang kedua pada 30 Oktober, kata Fuzi.

"Kertas siasatan dihantar semula kepada kami sekali lagi kerana banyak langkah susulan yang perlu diambil sebelum boleh menghantar semula kertas itu," katanya sidang media selepas melawat pusat latihan Unit Tindakan Khas di Cheras hari ini.

Dzulkifli kini terperangkap dalam kontroversi selepas tersebar beberapa klip video yang mendakwa beliau bercuti dengan seorang wanita yang bukan isterinya di Bali.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah berkahwin.

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM


Dzulkifli bagaimanapun enggan mengesahkan tetapi tidak juga menafikan lelaki dalam klip video berkenaan adalah dirinya, sebaliknya hanya berkata beliau tidak akan tunduk dengan "taktik kotor".

Ketua agensi anti rasuah itu hari ini meneruskan tugasnya di Sabah, menghadiri sesi ceramah kempen kesedaran rasuah kepada pelajar sebuah universiti di Kota Kinabalu.

Pada sidang media kemudian, Dzulkilfli enggan mengulas soalan sama ada beliau diberi tekanan untuk meletakkan jawatan di SPRM.

Beliau hanya mengangkat tangan kepada soalan berkenaan sebagai tanda enggan mengulas lanjut.

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM


Dzulkifli sebaliknya mengumumkan SPRM akan melancarkan Operasi Armada yang kedua bagi membanteras sindiket penangkapan ikan haram di Malaysia tidak lama lagi. 

SPRM awal minggu ini membongkar sindiket pencerobohan nelayan asing ke perairan Malaysia dengan tertangkapnya 22 individu termasuk tujuh warganegara Vietnam.

Beliau juga berkata SPRM akan ke sekolah rendah dan menengah bermula tahun depan untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai salah laku rasuah dan penyelewengan .

Polis Siasat Ketua Pesuruhjaya SPRM. Akhbar Kumpulan Utusan mendakwa dakwaan salah laku Dzulkifli sebagai satu serangan peribadi selepas SPRM giat membanteras kegiatan pusat judi haram. - MI





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...