Tuesday, 14 November 2017

Planet Bumi Semakin Nazak.. Ini Buktinya

Planet Bumi Semakin Nazak.. Ini Buktinya. Ketika perubahan iklim menyebabkan kenaikan suhu, bumi semakin hampir dengan bahaya “hujung tanduk” yang boleh mempercepatkan kepanasan global melebihi kemampuan kita menghadapinya, kata ahli saintis di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Bonn, semalam.

“Perubahan iklim kini tiba. Ia bahaya. Dan akan jadi lebih teruk lagi,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Ketahanan Stockholm, Johan Rockstrom.

“Dalam tempoh dua tahun lalu, bukti terkumpul menunjukkan kita sekarang menuju ke arah pelanggaran dengan hujung tanduk dalam sistem bumi.”

Seorang profesor University of Southampton, Sybren Drijfhout berkata cuba bayangkan seseorang duduk bersandar di atas kerusi dengan dua kaki.

Planet Bumi Semakin Nazak.. Ini Buktinya.  “Hujung tanduk itu ialah bila anda betul-betul di antara dua keadaan. Satu pergerakan kecil saja akan menyebabkan sistem itu terbalik.”

Sesetengah saintis membuat kesimpulan permukaan planet sudah cukup panas – 1.1 darjah Celsius secara purata – dalam tempoh 150 tahun lalu untuk mengelak perpecahan lapisan ais di Antartika Barat, yang mengekalkan air beku mencukupi bagi membolehkan lautan global berada pada paras enam atau tujuh meter.

Ia mungkin mengambil masa 1,000 tahun, tetapi jika ramalan mereka benar – lapisan ais akan mencair tanpa mengira secepat mana kemanusiaan menyebabkan kepanasan global. Saintis lain berkata nilai ambang lebih tinggi, mungkin 1.5 C atau 2.0 C.

Planet Bumi Semakin Nazak.. Ini Buktinya


Rockstrom dan saintis lain mengenal pasti berdozen hujung tanduk – dalam satu taklimat yang dibentangkan kepada 196 negara, dalam rundingan PBB selama 12 hari sejak Jumaat lalu.

Bahayanya jika ia berlaku ialah perubahan yang tidak boleh dikembalikan, sekurang-kurangnya dalam tempoh ribuan tahun.

Kenaikan 1 hingga 3 C boleh menyebabkan lautan ais Artik mencair, pencairan sebahagian lapisan ais di Greenland, kehilangan batu karang di kawasan air hangat dan kehilangan banyak glasier gunung.

Kenaikan suhu 3-5 C akan menyebabkan hutan hujan Amazon jadi savana; memperlahankan pengiraan di Atlantik, arus di laut dalam yang mengawal cuaca di utara Atlantik; dan menjejaskan keamatan dan kekerapan El Nino.

Planet Bumi Semakin Nazak.. Ini Buktinya


Jika suhu naik melebihi 5 C, dunia akan menyaksikan lapisan ais di timur Antartika mencair, menaikkan paras lautan, dan lautan ais musim sejuk di Artik akan hilang.

Ia juga akan mencairkan permafrost, yang memerangkap sekurang-kurangnya dua kali ganda karbon yang terkandung di atmosfera. - MI





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...