Monday, 6 November 2017

Perdana Menteri Letak Jawatan

Perdana Menteri Letak Jawatan. Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini selepas mengakui bimbang akan menerima nasib sama seperti bapanya, Rafik al-Hariri yang telah dibunuh oleh pembunuh upahan.

Menerusi sebuah siaran televisyen nasional, Saad berkata, keputusan tersebut dibuat setelah beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

Perdana Menteri Letak Jawatan."Kita hidup dalam iklim yang sama dengan apa yang berlaku kepada ayah saya (perdana menteri sebelumnya). Saya dapat rasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuh saya," katanya seperti yang dipetik menerusi Reuters.

Saad menjadi Perdana Menteri Lebanon akhir tahun lalu setelah sebuah kesepakatan politik yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.

Perdana Menteri Letak Jawatan


Rancangan Televisyen Al Jadeed yang berpangkalan di Beirut melaporkan, kenyataan pengunduran diri Saad dibuat dan disiarkan dari ibu kota Saudi, Riyadh.

Sementara itu, Presiden Lebanon Michel Aoun mengatakan telah menerima berita berkaitan  penguduran Saad dari luar Lebanon.

Perdana Menteri Letak Jawatan. Aoun kini menunggu Saad pulang daripada Arab Saudi untuk menyatakan pengundurannya secara rasmi. - sinar





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...