Wednesday, 1 November 2017

Peguam Negara Buat U Turn?

Peguam Negara Buat  U Turn? Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mendedahkan kekurangan bukti menjadi punca mengapa beliau mengarahkan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuka semula.

Beliau mendakwa tidak berpuas hati dengan laporan bukti dalam siasatan tersebut namun enggan mendedahkan bahagian yang hendak disiasat semula.

Peguam Negara Buat  U Turn? “Saya tak boleh nak beritahu apa yang saya nak siasat, cuma saya yang boleh cakap ada bahagian yang kurang bukti.

“Saya boleh kata dalam 25 hingga 35% yang saya kurang puas hati dalam laporan tersebut,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman berkata polis diarahkan membuka semula kes 1MDB.

Menerusi jawapan lisan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo, beliau berkata tindakan itu dilakukan atas arahan peguam negara pada 24 October lalu.


Peguam Negara Buat  U Turn?


Ketua polis negara sebelum ini, Khalid Abu Bakar pada 12 April 2017 berkata kertas siasatan sudah siap dan dihantar ke Jabatan Peguam Malaysia.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan alasan Jabatan Peguam Negara mengembalikan laporan siasatan itu dan hanya berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

Apandi pada Jun lalu berkata tidak ada bukti penyalahgunaan wang 1MDB daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.

Beliau berkata demikian susulan tindakan undang-undang sivil dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

DoJ dalam saman sivilnya untuk menyita hartanah dibeli menggunakan wang diselewengkan daripada 1MDB mendakwa antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion wang 1MDB dipindahkan oleh pegawai tertinggi syarikat itu dan sekutunya.

Peguam Negara Buat  U Turn?


Ditanya adakah siasatan semula turut melibatkan hartawan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Apandi enggan mengulas lanjut. “Siasatan masih berjalan,” katanya. - MI




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...