Monday, 13 November 2017

Menteri Warning Zamihan Mat Zin

Menteri Warning Zamihan Mat Zin. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed mahu Zamihan Mat Zin menutup mulut dan berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana semua tutur katanya mengenai soal dasar keselamatan negara boleh menjejaskan imej dan integriti Kementerian Dalam Negeri, lapor Bernama.

Nur Jazlan berkata sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan tidak boleh membuat kenyataan peribadi mengenai dasar-dasar kerajaan dan jika tidak menyukainya, lebih baik berhenti daripada menjadi kakitangan awam.

Menteri Warning Zamihan Mat Zin. "Setiap perkataan yang beliau keluarkan kepada awam itu menggambarkan imej dan integriti KDN. Saya juga minta beliau untuk tidak mensensasikan keadaan keganasan yang agak tegang yang sedang berlaku di Timur Tengah.

"Segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah, jadi saya minta beliau untuk senyap. Sekiranya beliau masih juga berdegil dan masih memberikan kesulitan kepada KDN, kita mungkin akan nilai kembali peranan dia kepada kementerian dalam mendamaikan tahanan pengganas," kata Nur Jazlan.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Zamihan mengkritik Perdana Menteri Najib Razak yang disifatkan "kurang cerdik" kerana memberikan tanah seluas 16 hektar kepada Arab Saudi untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Menurut Zamihan, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi untuk melawan pengganas Islamic State (IS) atau turut dikenali sebagai Daesh itu tidak realistik kerana negara itu sendirilah yang melahirkan IS.

Katanya, Malaysia tidak memerlukan Arab Saudi untuk memulihkan tahanan militan kerana agensi sedia ada dalam negara sudah mencukupi.

Menteri Warning Zamihan Mat Zin


“Kita dah ada polis, dah ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dah ada Jabatan Penjara, dah ada institusi keselamatan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dah cukup dah. Kenapa kita nak bergantung kepada Saudi untuk counter Daesh? Saudi sendiri yang melahirkan Daesh,” kata Zamihan dalam rakaman video berdurasi 2 minit 27 saat yang disebarkan melalui akaun Facebook Sasaran Berita.

Nur Jazlan turut menjelaskan kos pembinaan projek itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan pembinaan bangunan tersebut juga boleh membantu kepada pembangunan agama Islam dalam negara.

Dalam pada itu, Nur Jazlan melahirkan kekecewaan dengan tindakan Zamihan yang berterusan mengeluarkan kenyataan kontroversi walaupun dinasihatkan banyak pihak tidak berbuat demikian.

"Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan baru-baru ini perdana menteri pula jadi sasarannya. Kita memang tidak mempertikaikan kewibawaan beliau dalam menjalankan tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

"Walaupun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktirafan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohd Fuzi Harun mengesahkan sudah menyelesaikan siasatan ke atas Zamihan bersabit dakwaan menghasut dalam kuliah agamanya di sebuah masjid di Selangor bulan lalu yang mengkritik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Warning Zamihan Mat Zin


"Kita sudah hantar semua kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara. Kita menunggu tindakan-tindakan susulan," katanya.

Zamihan pada 11 Oktober lepas ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman dalam satu ceramahnya di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor, yang menyentuh tentang kedai dobi layan diri yang mesra Muslim.

Dalam ceramahnya, Zamihan menyinggung orang bukan Islam yang disifatkannya sebagai "tidak bersih".

Zamihan juga menyentuh teguran Sultan Johor terhadap pemilik kedai dobi mesra Muslim di Muar, yang dia sifatkan sebagai "tidak patut".

Menteri Warning Zamihan Mat Zin.  Pegawai agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu kemudian memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Johor dan bersedia mengadap, sekiranya diperkenankan oleh Tuanku, untuk menjelaskan letak duduk keadaan yang sebenar. -  MI





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...