Thursday, 30 November 2017

Majlis Perbandaran Kuantan Perkenal Tulisan Jawi Di Papan Tanda?

Majlis Perbandaran Kuantan Perkenal Tulisan Jawi Di Papan Tanda? Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengkaji cadangan menambah tulisan jawi pada semua papan tanda jalan di bandar itu.

Sumber dipetik China Press berkata, cadangan itu ada dibincangkan dalam mesyuarat bulanan pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Sumber itu berkata, langkah berkenaan sebagai mematuhi gesaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya kerajaan menggalakkan penggunaan tulisan Jawi.

Majlis Perbandaran Kuantan Perkenal Tulisan Jawi Di Papan Tanda? Katanya, cadangan itu masih di peringkat awal dan akan diputuskan selepas kajian terperinci dijalankan unit berkaitan.

Difahamkan, dasar itu bersifat sukarela.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal bin Muhammad Safian dipetik akhbar itu mengesahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat dan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Majlis Perbandaran Kuantan Perkenal Tulisan Jawi Di Papan Tanda?


Pada 30 Mac 2016, Tengku Abdullah dilaporkan meminta semua pihak merangkumi jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun dan majlis daerah di Pahang memperkasakan penggunaan tulisan Jawi menerusi setiap aktiviti.

Kerajaan negeri juga diminta memperkenalkan kembali tulisan Jawi secara berperingkat dalam urusan pentadbiran bagi mengembalikan kegemilangannya tulisan itu.

Majlis Perbandaran Kuantan Perkenal Tulisan Jawi Di Papan Tanda? Antara lain, katanya, menggunakan tulisan Jawi di papan tanda, premis jualan dan papan tanda arah, selain menyelaraskan ejaan jawi. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...