Friday, 10 November 2017

Mahathir Dedah Pekung Lagi

Mahathir Dedah Pekung Lagi. Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau boleh menyenaraikan kemudahan yang diberikan kepada bekas perdana menteri yang ditarik balik kerajaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau juga boleh menyenaraikan perkara yang ditarik balik Putrajaya walaupun tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Mahathir Dedah Pekung Lagi. “Ada pegawai pengiring dah ditarik balik. Yang ada Aide De Coupe (ADC). Unit Tindakan Khas (UTK) tarik balik. 

“Pengiring. Pembantu rumah ditukar. Pegawai saya di sini ditukar. Dia hantar org lain,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini yang mengatakan kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Dr Mahathir.

Mahathir Dedah Pekung Lagi


Memberikan contoh perkara tidak berkaitan kerajaan yang ditarik balik Dr Mahathir berkata, terdapat universiti swasta yang diarahkan untuk memberhentikannya sebagai canselor.

“Saya jadi canselor universiti swasta. Universiti itu diarah supaya hentikan saya daripada jadi canselor,” katanya.

Minggu lalu Dr Mahathir berkongsi di akaun Facebook rasminya Putrajaya menarik balik khidmat UTK yang diberikan kepadanya.

Khidmat pengawal peribadi, merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri, ditarik balik setahun selepas kerajaan menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu pejabat Dr Mahathir. 

Mahathir Dedah Pekung Lagi


"Hari ini, khidmat UTK ditarik balik. Perjuangan diteruskan," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun menafikan perkara itu.

"Ini tidak benar sama sekali. Khidmat pengawal peribadi yang melibatkan pegawai UTK masih berkhidmat untuk Dr Mahathir," katanya, seperti dipetik oleh pemberita.

Mahathir Dedah Pekung Lagi. "Hanya anggota biasa (pasukan polis) yang dipanggil balik untuk tugasan lain. Ia adalah prosedur biasa," katanya. - MI






Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...