Thursday, 30 November 2017

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Seorang lagi remaja lelaki yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas 2 pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Umzarul An Nur Umar membuat keputusan itu terhadap Mohamad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-in, 18, selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memaklumkan kepada mahkamah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap remaja itu berikutan laporan patologi dari Makmal Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bacaan negatif.

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Remaja yang tidak bekerja itu didakwa atas 2 pertuduhan memasukkan dadah jenis carbolic acid dan syabu di tandas Pejabat Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur pada 11.35 pagi, 16 September lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut seksyen sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 2 tahun dan dikenakan perintah pengawasan di bawah Seksyen 38B ADB 1952 selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.

Pada 28 September lepas, Shahrul Nizam yang diwakili peguam Ram Karpal Singh mengaku bersalah atas 2 pertuduhan itu bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhi hukuman ke atasnya sementara menunggu laporan akhlak dan laporan kimia.

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan


Semalam, Mahkamah Majistret Kanak-kanak melepaskan seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September lepas, 21 pelajar dan 2 guru yang juga warden asrama maut selepas terperangkap di tingkat 3 asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan


Susulan itu, 2 remaja lelaki yang masing-masing berumur 16 tahun didakwa membunuh 23 penghuni pusat itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Keramat antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lagi Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Bagi kes itu, Mahkamah Majistret menetapkan 3 Jan depan untuk sebutan semula kes. - fmt






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...