Wednesday, 29 November 2017

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi? Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pelajar “slow learner” masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru.

Memetik laporan Umno Online, Khairy berkata Tengku Adnan sekadar menyatakan hakikat sejarah iaitu penubuhan institusi pengajian tinggi itu pada asalnya bertujuan membantu pelajar Melayu yang tidak cemerlang melanjutkan pelajaran.

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi? “Apa yang Tengku Adnan cakap itu adalah idea dan dasar Umno supaya kita dapat memberi tempat kepada anak Melayu yang mungkin tidak dapat masuk ke universiti maka dapat masuk ke ITM.

“Ketika ini, UiTM adalah antara universiti terbaik di Malaysia, tetapi sewaktu ITM ditubuhkan adalah untuk membenarkan mereka yang tak boleh ke universiti lain, dapat diploma, dapat melanjutkan pelajaran mereka ke ITM,” kata Khairy.

Khairy mengingatkan penubuhan ITM itu hasil perjuangan Umno memartabatkan bangsa Melayu, dan Tengku Adnan tidak berniat menghina para pelajar yang mendapat menfaat itu.

“Takkan Tengku Adnan tak tahu sejarah kerana dia sendiri adalah produk ITM,” kata menteri itu. “Kita kena akui apabila ITM ditubuhkan, antara tujuannya adalah untuk memberi tempat kepada pelajar miskin, pelajar yang tak sampai tahap kecemerlangan mereka di sekolah.”


Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?


Tengku Adnan membuat kenyataan ‘slow learner’ itu ketika berucap di majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Ahad lalu. Kenyataan tu mencetuskan kemarahan alumni universiti tersebut dan orang ramai.

“Anda dapat masuk universiti, kalau ‘slow learner’ (boleh) masuk UiTm. Kadang kala kalau tak dapat markah (secukupnya), markah akan diturunkan agar anda boleh masuk universiti.

“Ada kala kalau tak boleh masuk (universiti) di Malaysia, kita hantar ke luar negara. (Bila) Balik, tunjuk pandai dan marah Umno,” katanya.

Tengku Adnan semalam membuat permohonan maaf kepada pihak yang terguris dengan kenyataannya, dan menjelaskan beliau cuma mahu menyedarkan rakyat bahawa kerajaan yang telah memerintah selama 60 tahun ini banyak berjaya.

Khairy Jamaluddin Buat Hal Lagi?


“Saya sedar dan tahu saya kadang-kadang mulut celupar. Jadi mulut celupar ini perlu hati-hati,” katanya. - fmt





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...