Tuesday, 21 November 2017

Khairy Jamaluddin Belasah PM Singapura

Khairy Jamaluddin Belasah PM Singapura. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mengaitkan pilihan raya umum Malaysia akan datang dengan permohonan semakan keputusan mahkamah antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh ke Singapura.

Khairy berkata komen Lee, yang dibuat pada majlis Anugerah dan Konvensyen PAP pada Ahad lalu, adalah tuduhan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

"Memang mudah untuk meraih sokongan politik dengan membuat tuduhan kepada negara lain seperti mana yang dibuat Lee dalam konvensyen PAP. Namun, tidak seperti beliau, Malaysia memandang serisu isu kedaulatan sepanjang masa," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan di akaun Twitter peribadinya.


Khairy Jamaluddin Belasah PM Singapura


Lee mempersoalkan motif Malaysia permohonan semakan penghakiman pada 2008 kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung pulau yang dipertikaikan itu yang dikenali sebagai Pedra Blanca, dan Tubir Selatan oleh Singapura. – MI



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...