Monday, 27 November 2017

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa gaji ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) melebihi gaji seorang menteri.

Dalam soalannya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanya, apa keperluannya gaji dibayar kepada ketua pengarah Jasa melebihi penjawat awam yang berkhidmat selama berpuluh tahun.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. “Semakan saya ke atas Senarai Perjawatan 2018 mendapati ketua pengarah Jasa dibayar gaji berdasarkan Kod Gaji VU7 sehingga maksimumnya RM20,592   sebulan, lebih gaji menteri komunikasi dan multimedia sebanyak RM14,907.20 sebulan," kata Dr Wan Azizah dalam soalannya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Puad Zarkashi yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno ialah ketua pengarah Jasa pada masa ini.

Dr Wan Azizah berkata Jasa mempunyai 272 orang kakitangan dengan dibayar emolumen RM12.8 juta.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat


"Saya mempersoalkan, apa rasional membayar emolumen RM12.8 juta untuk 272 kakitangan Jasa yang cuma berperanan semata-mata sebagai juru kempen Umno-Barisan Nasional (BN)?

"Bukankah lebih wajar emolumen kakitangan Jasa itu dibayar secara langsung oleh Ibu Pejabat Umno dan BN?" soalnya.

Kejutan Tak Disangka Dari Dewan Rakyat. Beliau berkata kakitangan Jasa sepatutnya tidak dibayar dengan menggunakan dana daripada hasil cukai keringat rakyat jelata yang termasuk pengkritik dan pembangkang kerajaan BN.  - MI





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...