Friday, 24 November 2017

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Nafi Kutip Bayaran Program myLesen GDL

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Nafi Kutip Bayaran Program myLesen GDL. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan mengutip bayaran sebanyak RM100 kepada peserta Program myLesen GDL bagi urusan pendaftaran seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata program itu diwujudkan bagi melesenkan pemandu kenderaan barangan dan menyediakan peluang pekerjaan dengan tajaan penuh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB), tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Menurut JPJ, program itu merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, institut memandu, Asian Institute of Logistic (ASIL) dan Persatuan Haulier Malaysia (AMH) melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Nafi Kutip Bayaran Program myLesen GDL



“JPJ tidak pernah berunding dengan mana-mana pihak untuk mengenakan bayaran RM100 kepada peserta myLesen GDL,” katanya.

Justeru, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Nafi Kutip Bayaran Program myLesen GDL


Jika terdapat sebarang kemusykilan, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada JPJ dan tidak turut serta menyebarkan salah faham tersebut, kata JPJ. – bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...