Sunday, 19 November 2017

Identiti Pemimpin AMANAH Terbongkar Selepas Anak Ditangkap Bersama 200 Pil Kuda?

Identiti Pemimpin AMANAH Terbongkar Selepas Anak Ditangkap Bersama 200 Pil Kuda? Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.

Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.


Identiti Pemimpin AMANAH Terbongkar Selepas Anak Ditangkap Bersama 200 Pil Kuda? 


"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya dipetik sebagai berkata. - mk


Anak lelaki ADUN ditahan reman miliki 200 biji pil kuda

Anak lelaki seorang Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) di negeri ini ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda pada Sabtu. 
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, kira-kira pukul 3.30 petang. 
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, setelah pihak polis membuat pemerhatian kira-kira lima minit mendapati seorang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong di sini. 
Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, tiba-tiba suspek itu melarikan diri ke bahagian tepi rumah. 
Suspek terjatuh ke atas tanah dan berlaku pergelutan, bahkan suspek melawan semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan.
Ismail berkata, polis sekali lagi menunjukkan kad kuasa polis sebelum suspek melawan dan agresif hingga berlaku pergelutan lagi.

Identiti Pemimpin AMANAH Terbongkar Selepas Anak Ditangkap Bersama 200 Pil Kuda?

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui satu balutan kertas tisu berwarna putih yang mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah.
Bungkusan itu disorokkannya di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakai suspek. 
Sehubungan itu, katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Perintah tahanan reman selama empat hari yang bermula hari ini  terhadap suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari. 
Suspek kemudian dibawa menaiki trak polis ke IPD Kota Bharu untuk siasatan selepas selesai mendapatkan reman. - awani





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...