Friday, 17 November 2017

Husam Musa Berbohong Dakwa Nik Amar

Husam Musa Berbohong Dakwa Nik Amar. Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa disifatkan sebagai penipu ekoran tuduhannya terhadap Kerajaan Pas Kelantan selama ini yang kebanyakkannya tidak benar sama sekali.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau kini lebih yakin rakyat tidak akan terpengaruh dan percaya dengan pelbagai tuduhan terhadap Kerajaan Negeri selepas apa yang berlaku sejujurnya memihak kepada mereka.

Husam Musa Berbohong Dakwa Nik Amar. “Hampir semua tuduhannya setiap kali dalam ceramahnya yang menyerang kerajaan negeri, memang tidak betul dan kini akhirnya jelas menunjukkan kita di pihak yang benar. Ini bukan serangan peribadi namun mahu menegakkan kebenaran.

Dia (Husam) tuduh kita seleweng duit dan pelbagai tuduhan melibatkan penjualan balak tanpa menunjukkan sebarang bukti. Saya tidak pernah sebut nama dia, hari ini sebab datang tempat dia (Salor) saya sebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media di hadapan lebih 3,000 orang yang hadir dalam himpunan sempena meraikan kejayaan Pas mendapatkan kembali tanah di kawasan Wisma Tok Guru itu.


Husam Musa Berbohong Dakwa Nik Amar


Mengulas lanjut  berhubung isu berkenaan, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, pada peringkat awal, pimpinan kerajaan negeri sememangnya mengambil sikap tidak menjawab serangan Husam.

Beliau berkata, serangan demi serangan dilakukan Adun Salor yang secara logiknya tidak berasas termasuk ketika sidang Dun tahun lalu dengan mendakwa wakil rakyat  telah dipaksa bersetuju dalam soal kenaikkan gaji.

“Tuduhan Husam terhadap kerajaan boleh dikatakan semua tidak betul. Begitu juga dalam isu Kijang Kuari, dia tuduh kerajaan telah menjualnya namun hakikatnya perkara itu tidak benar,” katanya.

Husam Musa Berbohong Dakwa Nik Amar


Sementara itu ditanya berhubung status bangunan berkenaan yang masih belum selesai, menurutnya segala keputusan akan terjawab pada 4 Disember nanti.

“Kita tunggu sahaja pada tarikh itu nanti. Kita adakan solat hajat serta majlis kesyukuran dan kita tidak kacau bangunan. Kita hormati prosedur mahkamah dan dalam usaha mendapat keadilan,” katanya. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...