Monday, 20 November 2017

Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang

Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang. Banjir kilat besar dan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa berlaku sejak dua bulan lalu membuatkan keupayaan kerajaan Pulau Pinang untuk bertindak secara berkesan kepada bencana alam serta kecekapannya mentadbir pulau itu menjadi tumpuan banyak pihak.

Bagi ramai penganalisis dan penduduk negeri itu, kerajaan pimpinan DAP yang baru memimpin dua penggal patut diberikan pujian kerana menguruskan dan bertindak kepada siri bencana yang melanda, terutama sekali banjir besar dan tanah runtuh dua minggu lepas.

Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang.  Pengarah Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisommuddin Bakar berkata yang kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengawal selia usaha menyelamat di semua peringkat dengan berkesan, sesuatu yang sangat penting dalam pengurusan bencana seburuk itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng juga menerima beberapa “pujian” kerana tindakannya menguruskan bencana itu.

“Beliau (Lim) tidak malu mengakui kelemahan dan batasan pentadbirannya untuk menguruskan bencana besar itu,” kata Hisommuddin.

Lim juga mengakui yang ribut besar itu mengejutkan negeri itu kerana tiada amaran awal yang hujan lebat 372mm akan turun dan angin kuat sekencang 40 batu sejam (64kmph) akan melanda Pulau Pinang.

Selepas negeri itu dilanda banjir besar dan tanah runtuh pada 5 November, Lim membuat panggilan kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamid pada awal pagi untuk memohon tentera dihantar membantu selepas menyedari hanya trak dan peralatan tentera mampu melakukan operasi menyelamat untuk bencana seburuk itu.

12,559 orang dipindahkan ke pusat pemindahan yang diwujudkan di seluruh negeri.

Lim terlibat secara mendalam dalam semua operasi pasca banjir- memberikan sidang media hebahan perkembangan terkini, mengumumkan bantuan malah memuat naik rakaman telefon di Facebook meminta maaf kepada rakyat untuk semua kekurangan kerja menyelamat.

Profesor Kajian Media dan Komunikasi Dr Zaharom Nain dari Universiti Notthingham Malaysia berkata tindakan kerajaan negeri “berpusatkan rakyat” dan bukannya “amalan perhubungan awam”.

“Tindakan dalam kejadian terbaru ribut dan banjir baik, dengan penekanan terhadap usaha membantu mangsa bersungguh-sungguh berbanding hendak memuaskan hati pengkritik, terutama pihak BN (Barisan Nasional).

Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang


“Saya rasakan ia adalah soal membanu rakyat Pulau Pinang dan negeri itu, dan kurang penekanan terhadap kepentingan parti. Itulah yang sepatutnya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Kritikan terhadap isu dan dasar pembangunan

Bagaimanapun, kerosakan besar disebabkan bencana alam itu juga membangkitkan kembali kritikan yang sudah lama kedengaran terhadap dasar pembangunan kerajaan negeri terutamanya di kawasan berbukit, kata Hisommuddin.

Pendedahan terbaru dilakukan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Lim Hock Seng yang 131 kes tanah runtuh berlaku di Pulau Pinang pada September disebabkan hujan lebat dan ribut kencang awal bulan ini juga menguatkan hujah pengkritik.

“Ini memberi tekanan kepada kerajaan negeri untuk mengkaji pembangunan lereng bukit dan bertindak lebih tegas dalam perkara ini.

“Pendek kata, bencana itu mengancam dan memberi sedikit tekanan politik kepada pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Lim, walaupun setakat ini kerajaan negeri menanganinya dengan baik sekali,” katanya.

Zaharom berkata walaupun tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menubuhkan Suruhanjaya Siasatan berkaitan bencana itu adalah tindakan berani, kemelut terbaru negeri dengan kumpulan alam sekitar memberi gambaran kepada rakyat yang pemimpin negeri itu enggan bertanggungjawab.

Apabila kumpulan masyarakat sivil dan persatuan penduduk (RA) menimbulkan kebimbangan tentang pembangunan lereng bukit, tanah runtuh dan banjir kilat bulan lepas, beberapa ahlinya yang kecewa memberi amaran kepada kerajaan PH yang ia berdepan risiko disingkirkan sekiranya terus gagal mendengar kebimbangan rakyat.

Kritikan terhadap kerajaan negeri semakin memuncak selepas kebanyakkan wakil rakyat PH gagal hadir di dialog awam anjuran Penang Forum tentang banjir dan pembangunan lereng bukit, sebaliknya forum itu dihadiri ramai pemimpin dan wakil rakyat BN.


Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang


Satu-satunya wakil DAP yang hadir pula diganggu ketika cuba mempertahankan dasar pembangunan negeri.

Kenyatan kumpulan masyarakat sivil dan kejadian di forum itu menyebabkan Timbalan Ketua Menteri Dr P. Ramasamy memberi amaran kepada kumpulan terlibat supaya tidak mengugut atau menyerang kerajaan negeri melampaui garis politik. Beliau juga mendakwa dialog itu dimanipulasi pihak politik tertentu untuk menyerang pentadbiran negeri.

“Ini ditafsirkan oleh banyak pihak sebagai keangkuhan ala BN dan Umno, berbeza dengan jaminan PH terhadap rakyat Pulau Pinang pada awalnya,” kata Zaharom.

Politik bencana

Hisommuddin berkata walaupun kerajaan DAP di Pulau Pinang meraih kelebihan politik kerana tindakan berkesannya dalam bencana banjir, kritikan juga semakin lantang kedengaran berkaitan isu pembangunan negeri itu. Isu yang perlu diuruskan dengan baik supaya tidak meningkatkan rasa tidak puas hati pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Bencana alam itu juga memberi peluang untuk PAS dan Umno menyerang, serangan yang cuba meraih sokongan pengundi Melayu dengan mengaitkan bencana itu dengan kemurkaan Tuhan.

“Serangan terhadap kerajaan negeri datang daripada PAS, Umno dan pelbagai pihak lagi yang tidak menyukai pentadbiran Lim.

“Serangan ini dalam bentuk kritikan terhadap parti. Ada juga yang mengaitkan bencana itu dengan kemurkaan Tuhan.”

Hisommuddin berkata DAP perlu bekerja lebih keras bagi menahan serangan dilakukan PAS dan Umno untuk meraih undi orang Melayu.

Pada Ahad, Zahid berkata banjir itu adalah tanda Tuhan marah kerana ada pihak yang mendabik dada Pulau Pinang bebas daripada banjir sebelum ini.

Zaharom berkata walaupun mengatakan banjir itu adalah hukuman Tuhan sesuatu yang “tidak bijak”, hakikatnya banjir itu digunakan sesetengah pihak untuk kepentingan politik mereka.

“Memandangkan rakyat sedar yang banjir adalah bencana yang memberi kesan kepada negeri lain, dan banjir berlaku setiap tahun di negeri BN di Pantai Timur dan Malaysia Timur, bukankah bodoh untuk BN dan penyokong mereka hanya menuding jari kepada Pulau Pinang?” katanya.

Di Sebalik Tabir Banjir Besar Di Pulau Pinang.  Beliau juga menggesa kerajaan negeri untuk kekal fokus melakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan ikhlas menangani isu seperti pembangunan berlebihan supaya bencana itu tidak berulang.

“Politik akan sentiasa ada,” katanya.

“Tetapi selalunya yang lebih mustahak adalah perkhidmatan yang ikhlas.”– MI





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...