Monday, 27 November 2017

Banjir Di Kelantan, Mangsa Dipindahkan Meningkat

Banjir Di Kelantan, Mangsa Dipindahkan Meningkat. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 317 orang daripada 89 keluarga setakat 9.30 malam tadi berbanding 157 mangsa daripada 36 keluarga pada 6.30 petang tadi.

Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa jajahan di Kelantan mula dilanda banjir.

Banjir Di Kelantan, Mangsa Dipindahkan Meningkat. Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di jajahan Kota Bharu, 98 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di 2 pusat pemindahan, iaitu di Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kok Lanas (77 mangsa) dan Dewan Orang Ramai Pasar Melor (21 mangsa) di sini.

Sementara itu, di Pasir Mas, terdapat 50 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di Madrasah Haji Daud manakala di Tanah Merah, 17 mangsa daripada 4 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kelewek, Bukit Panau.

Di Pasir Puteh, 152 mangsa daripada 49 keluarga ditempatkan di 3 pusat pemindahan, iaitu sekolah Kebangsaan Kamil 1 (32 mangsa), Sekolah Kebangsaan Changgai (96 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja (24 mangsa).


Banjir Di Kelantan, Mangsa Dipindahkan Meningkat


Sehingga kini, hujan renyai dilaporkan masih turun di seluruh negeri ini.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan paras air di semua sungai utama di negeri ini masih di paras normal, kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 8.13m (bahaya 9m) pada 9 malam ini berbanding 7.76m petang tadi.

Setakat ini, semua jalan utama masuk dan keluar dari negeri ini boleh dilalui semua kenderaan.

Sementara itu, Umno Bahagian Pasir Puteh menubuhkan skuad sukarelawan banjir yang disertai lebih 400 ahli parti itu untuk membantu memindah dan menyediakan makanan kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Pasir Puteh.


Banjir Di Kelantan, Mangsa Dipindahkan Meningkat


Bapa Angkat Umno bahagian itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, skuad berkenaan disertai penjawat awam, badan bukan kerajaan dan individu yang prihatin dengan nasib mangsa banjir.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya berpuas hati dengan skuad terbabit yang bersiap sedia lebih awal untuk membantu mangsa banjir, termasuk menyediakan tempat tinggal dan bekalan makanan mencukupi. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...