Wednesday, 29 November 2017

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu, hari ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu, selepas laporan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata, pihak pendakwaan juga menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.

Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak hari ini.

“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur ahli keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah.

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan


Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan 2 jenis dadah, iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada 11.35 pagi, 16 September lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum 2 tahun serta perintah pengawasan polis selama 2 tahun.

Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya yang berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan


Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...