Tuesday, 17 October 2017

Zamihan Mat Zin Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Zamihan Mat Zin Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor. Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin memohon maaf terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akur dengan pelucutan tauliahnya oleh baginda semalam.

Zamihan dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai rakyat biasa, beliau menghormati keputusan yang diambil Sultan Sharafuddin sebagai waliyyul amri ataupun seorang pemerintah.

Zamihan Mat Zin Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor. “Saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar Zamihan serta membatalkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa Tauliah negeri itu.

Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai. “Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti,” katanya.

Zamihan Mat Zin Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor


Beliau juga menyeru semua pihak supaya menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam, sebaliknya memberi fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Zamihan yang juga merupakan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja.

Zamihan Mat Zin Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor


Beliau yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lepas. - md




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Lain kali fikir dulu sebelum buat sesuatu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...