Thursday, 12 October 2017

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM?

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM? Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merujuk pegawai kadernya, Zamihan Mat Zain, ke lembaga tatatertib berhubung kenyataan yang didakwa mengkritik Sultan Johor dalam kontroversi dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja”.

Ketua Pengarah Tan Sri Othman Mustapha berkata Jakim memandangkan serius ceramah Zamihan yang dimuatnaik di laman popular YouTube, yang didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM? Beliau juga mengesahkan Zamihan seorang pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

“Jakim telah memanggil ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada lembaga tatatertib untuk tindakan lanjut,” kata Othman dalam kenyataan yang diterima FMT malam tadi.

Semalam, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan yang bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian, dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam.

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM?


Kecaman itu menyusuli penularan video Zamihan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, yang berkata kenyataan Sultan Ibrahim itu “tidak patut”, dan mempertahankan dasar kedai dobi itu kerana pakaian orang bukan Islam masih tidak cukup bersih, malah menganggap orang bukan Islam tidak membersihkan diri selepas membuang air besar.


“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan.

Beliau juga membuat kenyataan terhadap rakyat Cina Malaysia.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” kata Zamihan, sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan termasuk sultan.

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM?


“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” tambahnya.

Bagaimanapun, Zamihan hari ini memohon ampun kepada Sultan Johor dan menyerang beberapa media sambil mendakwa difitnah. Zamihan juga berkata beliau tidak menggunakan perkataan “kasar” terhadap Sultan Ibrahim.

Ustaz Zamihan Mat Zain Bakal Dipecat Oleh JAKIM? Zamihan kemudian mengugut menyaman beberapa portal berita termasuk FMT, sambil menyerang FMT kerana mempunyai agenda “merosakkan hubungan antara kaum” dan memburukkan imej beliau. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...